Wednesday, 28 October 2015

Entry Masa Busan

Assalamualaikum


Tipu la kalau kita tak fikir setiap hari apa yang akan berlaku esok, lusa, bulan depan and tahun depan. Setiap orang menantikan berita gembira. Cuba tanya semua orang, ada ke manusia nak dengar berita buruk. Kalau haiwan boleh cakap, kalau kita tanya dia pun, dia nak dengar berita gembira selalu. Tapi mustahil sebagai manusia setiap hari mendengar khabar baik.

Macam aku setiap malam sebulum tidur, aku berfiir. Esok apa akan berlaku, esok nak buat apa, esok nak bawak lappy tak pergi kerja, esok nak pakai baju apa pergi kerja, esok ada orang call tak untuk panggil interview, Esok dia akan call tak. Opss. hehehe. Kandang bila tengah tak ada kerja, aku termenung and fikir apa aku nak buat untuk masa depan aku. Now aku dah habis belajar in Civil Eng. Lepas tu, apa nak buat? Nak sambung belajar ke? Ke nak kerja dulu.  Acct, cita - cita aku nak jadi cikgu / pensyarah. Hati aku nak sangat jadi cikgu. Aku tak minat duduk office 24h, ngadap benda sama selalu. Ya Allah. Busan kot. Sekarang pun aku rasa macam tu. ( Korang jangan bagitahu boss aku, kang dia berhentikan aku dari kerja, siapa nak bayar kereta?) 

Aku selalu followup dengan cikgu, tanya apa aku nak buat lepas ni. Nak kerja dulu ke, nak belajar ke. Yela, aku boleh nak sambung belajar kalau ada rezeki. Tapi disebabkan aku ad komitment, tu buat aku rasa sebesalah. Kesian parents kita. Dah la aku susahkan mereka masa zaman Diploma, dah habis belajar tak kan nak susuhkan lagi kan. 

Kadang aku duduk sorang, lepak sorang - sorang, fikir dari A - Z, apa step yang perlu aku buat sekarang? Nak buat apa? ermmmm. Aku sendiri tak tahu. Kerja kerajaan susahnya nak dapat. Kerja swasta lak, kerja benda yang sama. Gaji cukup - cukup makan je. Kan? Parents ada jugak cakap suruh buka tadika. Aku sebenanya minat benda2 nak ngajar ni. Tapi aku takut aku tak boleh control if dah marah. Rasanya kalau aku menjerit, satu apartment boleh dengar. Tak ada la aku gurau je. hehehehehehe (ketawa terpaksa errrkkk). entah leeeeerr korang. Sebenarnya aku tak tahu nak cakap apa. Sebab tengah ambik mood nak pergi Seri Negeri. Jabatan BKSA. Semalam aku pergi, encik tu tak ada lak. Boss aku suruh pergi ari ni lak. Kalau dekat tak apa, ni jauh nauzubillah. kihkih

Ehh, jangan mengeluh. Allah sengaja menguji kita dalam setiap perkara. Lagi - lagi orang yang tengah mencari kerja ni. Allah sengaja melambatkan benda yang baik supaya Allah suruh kita berusaha, berdoa and tawakal. Ingat senang ke nak dapatkan sesuatu. Nak, terus dapat. betol tak? Jadi kita ni sebagai manusia kenala banyak sabar, peringatan aku jugak. Yang pasti jangan selalu tunjuk muka gelisah, sedih depan parents kita. Nanti sebab kita, mereka sedih. Nak share and tanya pendapat boleh. Tapi jangan tunjuk muke monyok depan mereka ye. Sebab tu aku suka sangat tulis diary. Diary antara salah satu yang buat aku tenang bila tengah sedih. Benda yang tak boleh nak cerita kat orang, kita boleh cerita dekat diary. Tapi ada yang minat and ada yang tak minat kan. hehe. Ikot masing - masing punya citarasa ye tak? haha. okey la Bubye, 

Thursday, 22 October 2015

Aku Tak Pandai Bercinta

Assalamualaikum

Nak tanya ni, apa pendapat korang kalau perempuan mulakan ? Maksud aku, ermm, biasa kalau suka sama suka, lelaki yang mulakan dulu. Ni permpuan lak yang mulakan dulu. Macam ajak diri sendiri seret muka kat tar kan? Tapi aku ada dengar jugak, zaman sekarang perempuan lagi selambar perpose lelaki. Bukan maksud peika permpuan ajak kahwin kat lelaki yang dia suka. Just luahkan yang dia suka pada lelaki tu. Kadang kelakar pun ada gak. 

Mesti korang tertanyakan " si peika ni suka dekat siapa ni, dia nak usha laki tu ke ? " hahaha. Tergelak aku sorang - sorang. Bukan macam tu, mcm mana ek nak cakap. ermm ermm, Korang pernah tak rasa bila dah putus hubungan, korang dah giveup and set on mind, aku takkan couple lagi and suka kat sesiapa. Lepastu Allah sengaja uji kita muncul sesorang dalam hidup kita. Tengah nak rehatkan hati ni, tiba - tiba hamba Allah ni muncul. Bila text text, minat cara dia lak. Tapi tu laa. Bila kita dah sent on mind yang kita takut di kecewakan lagi and penat. Bila kita nak suka hamba Allah yang baru ni, kita cakap dalam hati, " tak payah la, nati kau rasa kecewa lagi, kau tak penat ke?" Huh. 

Aku ada baca satu buku ni, " Cara Mencari Jodoh ". Member aku hadiahkan masa birthday hari tu. hahaha. Gilanya kawan. Tapi amat berguna untuk aku yang nak cari calon suami. kahkahkah ( tolong jangan benci aku bila statement aku ) hihi.

Dalam tu, Allah suruh kita berusaha mencari, berdoa and tunggu. Memang nak cari, tapi aku takut. Memang korang akan cakap, ala baru 21 tahun, tak apa la Rileks dulu. Memang pun rileks. Aku tengah fikir masa hadapan yang akan datang nati. Bukan nak mengatal, tapi kita mencari yang terbaik. Semua orang macam tu jugak. Betul tak kaum hawa? 

Member cakap ambik la risiko, mencuba. Hati macam nak, tapi takut. Yela, kita mencari Future Husband, bukan pakwe. Lelaki pun sama jugak. Sejahat mana pun dia, dia tetap nak perempuan yang beragama and sopan santun. Sooo. Macam mana tu.

Aku ni, macam suka kat seorang tu. Tapi aku simpan je. Sebab.....aik mana boleh bagitahu. heehehehe
Yang pasti, aku takkan cakap dulu. Nati aku malu sendiri, and tidur bawah katil. Malu punya pasal. 
Biarla apa nak jadi, jadi laa kan. Aku suka kat dia, aku bagitahu Allah je la. Mintak sampaikan pada dia. Boleh tak? hehe 

Tak apa lah, now aku nak kumpul duit nak pergi bercuti. Mana tahu bertemu jodoh dengan orang putih ke kan. tengah jalan - jalan, terlanggar bahu.............. (kalau betol - betol berlaku, aku bagitahu korang eyh) hahahaha.

Dah la tak nak la cakap, malu doee. hahahaha. Dah - dah, aku nak pergi lunch ni. okey bye









10 Gorgeous Love Words That Have No English Equivalent
10 Gorgeous Love Words That Have No English Equivalent
Inspired by love~* and all the beautiful feelings that come with it, U.K. illustrator Emma Block created drawings of untranslatable lovey words from a bunch of different languages for Vashi. The words are beautiful mouthfuls, the illustrations are pretty stories, and the complete package is great.
In all, the project was "an interesting challenge to illustrate," Block told Mashable. "I tried to think about what visuals the words immediately created. Sometimes it was quite obvious how they could be illustrated, others were more tricky."
Come on, who's not going to add "cwtch" - Welsh for "a hug, the safe place provided by a loved one" - to her daily vernacular? Love, love, love it. See some more of the illustrations (and expand your vocabulary) below.
​1.
© Emma Block
​2.
© Emma Block
​3.
© Emma Block
​4.
© Emma Block
​5.
© Emma Block
​6.
© Emma Block
​7.
© Emma Block
​8.
© Emma Block
​9.
© Emma Block
​10. 
© Emma Block





Monday, 19 October 2015

Makin Tua Makin Banyak Berfikir

Assalamualaikum


Umur aku makin meningkat. Dah 20 tahun ke atas. Bukan lagi belasan. 15, 16, 18, 19 tahun. Tapi dah 21 tahun. Macam - macam aku kena fikir. Bukan aku je, tapi semua orang kena fikir masa depan. Lagi - lagi anak muda macam aku ni. Dulu masa belasan tahun langsung tak fikir macam sekarang . Sekarang setiap saat, nak pergi toilet, nak tidur berfikir. Sampai otak kita penat fikirkan masa depan. Aku tak tahu la orang lain macam mana. Yang pasti aku ni huh, mak ai risau setiap malam fikirkan apa akan berlaku esok hari. Setiap kali balik lunch, aku mesti buka peti surat. Untuk apa? tanya lagi untuk apa. Cek la mana lah tau ada surat tawaran kerja. Tapi tak pernah pun dapat. 

Setiap parents nak kan anak - anak dia dapat kerja yang baik. Iaitu kerja kerajaan! Kita sebagai anak, kita tahu susahnya nak dapat kerja kerajaan. Sebab setiap hari kita yang update and update SPA. Buka email. Buka laman web yang kita apply kerja. Tengok ada dapat ke x. Tapi bila buka, hampeh je. Itu yang dikatakan belum ada rezeki. Rezeki masing - masing. Kita hanya berusaha, Doa and Tawakal . 

Aku tanya dekata ayah aku,

" apak, saya nak kerja luar melaka boleh?"
" kerja apa? kerajaan ke?"
" tak ada la, kerja biasa je. Swasta"
" tak payah, melaka banyak lagi kerja ada. Kalau kerajaan, baru boleh kerja luar"

Bila aku dengar macam tu, aku terus naik angin. Sedih and rasa kecewa. Perasaan tu timbul sebab kita tengah stress tak dapat kerja and belum dapat jawapan dari kerajaan yang kita apply. Tapi cuba kau duk diam - diam, bawak bertenang and tarik nafas dalam - dalam. Betul jugak kata ayah aku. Ayah aku cakap, gaji dekat luar tu setakat beza berapa ratus dari kerja yang sekarang, baik tak payah pergi. Sebab kalau duduk luar, macam - macam belanja kena tanggung. Kalau kat sini, duduk dengan family,  bila kita tak ada duit, parent boleh support. Lagi - lagi duit minyak. Tak geti malu ke pinjam parent? memang malu, tapi bila pinjam dengan niat nati gaji pulang balik. Sebagai parents, mereka akan cakap " tak payah la ". Dah cakap macam tu, jangan laa kau cakap " okay ". Sekurang - kurangnya ajak la family keluar makan. Belanja makan. Tak salah pun.

Jadi lama - kelamaan aku pun setuju la kat ayah, okey aku akan kerja dekat sini sementara dapat kerja yang lebih baik. Bukan pasal kerja je kot nak fikir.

Now aku baru ambik diploma. Now diploma dah setaraf sijil. Masa aku tengah sibuk sekolah ambik spm, masa tu la diploma selalu dibangga - banggakan. Bila aku dah habis diploma, degree pulak dibanggakan. Alamak,pening pale kita. Tapi tak semestinya orang yang ada diploma and degree akan dapat kerja. Allah tak tetapkan pun bahawa orang yang ada diploma and degree sahaja aku akan bagi rezeki kerja. Hello, ingat orang yang pmr and spm ni tak ada masa depan ke. Ada je. Cuma kita ni yang malas. Sibuk mengata - ngata orang, sibuk mengarah - ngarah orang buat ni, buat itu sampai tak sedar diri. Kalau aku ni berkuasa kat dunia ni, aku dah bagi hukuman gantung pada orang - orang macam tu. Nampak tak betapa kejamnya aku. hahahaha

Aku ada Diploma In Civil Engineering. Memang nak sambung degree. Tapi aku tak boleh nak ambik sepenuh masa sebab aku ada komitment. Iaitu bayar kereta. Kenapa kau ambik kereta awal- awal? Tu la siapa suruh kau ambik kereta awal- awal ? Hamboi, senangnya dia kritik kita macam tu. Kau senang la parent ada 10 biji kereta. Duit kereta ayah bayar. Nak pergi dating mintak ayah duit. Aapadah! 

Ingat kita ni beli satu harta untuk suka - suka ke?? Mesti ada sebab. Macam aku ni. Masing - masing dalam family pakai kereta. Aku lak jenis kerja yang selalu pergi luar. Kerja luar. Takkan nak susahkan mak ayah. Jadi nak ke tak, kena juga beli sebiji kereta. Bila dah ada kereta banyak pulak guna duit. Pada yang baru nak ambik kereta. aku nak ingatkan ni. Kau kena buka satu bank khas untuk kereta. Kumpul la duit sebulan Rm100.00 untuk kereta. Bukan untuk renovate. tapi untuk service, untuk roteks and insurans and macam - macam lagi. Ni belum lagi cita kereta kena langgar. Kereta kita kena langgar tak apa, jangan kita yang langgar kereta orang lain. Tu memang pedih ! 

Macam mana pun,aku mesti kena fikir something supaya aku boleh berjaya dapatkan kerja yang tetap and boleh tanggung family. Setiap anak nak tengok parents dia bahagia. Macam aku jugak.Impian aku cuma nak dapatkan kerja yang tetap, belikan parents rumah. Cukup la. Tu dah buat aku bahagia. #seriestalk

Kadang terfikir jugak nak buat kerja sambilan. Mean buat bisness. But tunggu la ada rezeki lebih, baru fikir side income. Kalau fikir nak buat semua dalam satu waktu, memang pecah kepala aku. 

Yang penting, niat nak buat sesuatu kena baik. Berdoa.Ingat Allah SWT. Aku cakap mcm ni bukan sebab nak tunjuk aku ni baik.Aku ingatkan diri aku sendiri and sekali gus ingatkan kawan - kawan yang baca ni. Ada ke orang baca? haha. 

Btw, mudah - mudahan semua apa yang kita buat ada keberkatan dari Nya. Amin






DOA MEMOHON KEMUDAHAN

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah"

DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada
“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)