" rasanya ada, kerja majlis "
" bila kak ? "
" sekarang la, nak ikot tak ? " akak elyna tanya sambil tergelak. Sebab Cik Shasya memang tak suka pergi lawat tapak
" mesti la nak ikot, sebab akak ada. Kalau akak sorang, tak nak la. Kejup saya pergi fotostat 3 adik beradik tu kejup ". Cik Shasya maksudkan " 3adik beradik" itu ialah lesen - lesen syarikat yang wajib bawak bila ada lawat tapak.
" huhui, Cik Shasya, dah siap ke belum ? "
" okey okey, jom pergi jalan - jalan "
" hahahaha ", gelak besar
Dalam perjalanan ke pejabat yang menanjurkan lawatan tapak.
" akak, sebenarnya saya tak suka pergi lawat tapak kak, dah la ramai, lepastu ermmm "
" hahaha ( gelak ), kenapa tak suka tuu. ala biasa laa shasya, ramaikan. Macam - macam perangai ada. penat lak tu kan. "
" ermm, tahu tak apa kak, lawat tapak je dah separuh hari. tapi okey jugak sebab rasa masa berlalu dengan pantas. alih - alih dah petang pastu balik. hehehehe "
" tahu tak apa "
Tiba di pejabat.
" kontraktor - kontraktor boleh isi nama lepastu serahkan sijil pada saya. kejup lagi kita pergi site " cakap ahli majlis yang mengeluarkan sebutharga.
selepas semua kontraktor selesai tulis nama di borang kehadiran, masing - masing ke site .
" kak, mana satu kak sitenya? "
" entah la, akak ikot kereta depan ni je, hihi "
" konvoi la ni eyh kak "
" a'ah, kalau sesat, sama - sama sesat. "
" hahaha, okey - okey "
Tiba di site
Pihak majlis menerangkan serba sedikit mengenai kerja - kerja yang akan dijalankan & details mengenai pembelian borang sebutharga
" okey, semua dah tulis nama eyh? , ada sesiapa tak tulis nama lagi? saya nak sebut nama, lepastu dah boleh bersurai "
selepas dah baca semua nama kontraktor, masing - masing bersurai. akak Elyna berbual sebentar dengan kawan lama nya yang pernah berkerja bersama. Cik Shasya berdiri tepi dan bermain dengan telefon bimbitnya.
Semasa Cik Shasya sedang melihat hp nya dengan khusyuk , dia terpandang ke arah kiri. Dia melihat sebuah kereta baru parking di tepi bawah pokok.
" eyh, baru nak sampai, orang dah nak balik dah " bisik di dalam hati Cik Shasya
Seorang kontraktor yang turun dari kereta Mers nya yang berwarna silver dengan slumber walaupun dia tahu dia lambat sampai. Dengan memakai kaca mata hitam dan berjalan ke arah ahli majlis untuk tulis nama.
Cik Shasya memerhati dia dari jauh dan selepas Akak Elyna habis berbual, Akak Elyna ajak masuk ke keretanya
" Akak, akak perasan tak sorang mamat ni. Badannya kecik - kecik je. Dia budak ke atau, ermmm. Maksud saya dia pekerja ke atau boss "
" Masa satu Shasya ? "
" Tu, naik kereta Mers, Alaa, dia dah naik kereta dah , tak apalah next time saya tunjuk akak eyh. hehehe "
Tamat
No comments:
Post a Comment