DIA SEBENARNYA YANG AKU CARI.......

" Kak Elyana, hari ni ada lawat tapak kan, akak pergi tak.... pleasa kak, pergi la pergi laaa... "
" a'ah ada lawat tapak ( sambil gelak ), akak belum cakap dekat boss akak lagi ni, nati akak dah call boss, akak bagitau Shasya okey "
" okey kak, kalau akak tak jadi pergi, saya pun tak nak pergi la. Saya tak bagitahu boss saya. hehehehe "

sebenarnya, Shasya tak ada hati langsung nak pergi lawat tapak hari ni, sebab dia tahu kalau dia pergi, mesti akak sebelah syarikatnya tak pergi.

" Shasya, bad news " kata kak Elyana
" Tak jadi pergi ke ? " tanya Shasya
" A'ah loorrr, sorry Shasya..... "
" okey tak apa kak, saya pun x nak la bagitahu boss saya. Nati x ada la saya pergi lawat tapak." gelak Shasya sambil bercakap

Setengah jam kemudian, bos kepada Kak Elyana & Shasya pun masuk  ke pejabat masing - masing

" Shasya, tolong buatkan sebutharga ni " boss kepada Shasya mengarahkan untuk membuat sebutharga yang perlu hantar selewatnya petang itu

" okey encik " jawab Shasya dengan nada yang perlahan

..............................

" Mail ! " teriak boss kepada Kak Elyana sambil membuka pintu pejabat Shasya
" Ye encik, En Mail dalam bilik " sambut Shasya dengan matanya terbeliak. yela, mana tak nya, suara En Afendi rasanya boleh dengar sambil floor bawak, punya la kuat suaranya. Bergegar satu floor.

"Mail, hari ni ada lawat tapak, kau pergi tak ? " tanya En Afendi pada En Mail

" aduhh, apa ni En Afendi, kantoi la. Memang aku kena pergi punya laa, kau tengok je Shasya, Kejup lagi kau kena di arahkan pergi lawat tapak " bisik Shasya dalam hati

" Yeke, kerja apa, kerja siapa ? " tanya balik En Mail kepada En Afendi

...............perbualan antara boss dan boss di dalam bilik................

" huh, Shasya, awak pergi lawat tapak sekejup. Pukul 9-30 " arah En Mail pada Shasya

"okey Encik " jawab ringkas oleh Shasya


.......... Perbualan antara Shasya dengan Kak Elyana dalam telefon..............

" kak Elyana, tengok la saya kena pergi lawat tapak ni,, nati saya busan akak tak ada, dah la banyak kerja. nati kena pergi lawat tapak sorang sorang " cakap Shasya dengan hati yang kurang senang. Shasya tidak suka pergi lawat tapak kerana terlalu ramai kontraktor dan tidak suka pergi seorang diri. kalau boleh, Shasya nak kan teman kerana boleh berbual ketika di lawat tapak. Tidak la dia rasa macam tiang lampu bila di site.


" woi Afiq, jom pergi lawat tapak. Pukul 9.30am. kau pergi siap sekarang " cakap Edy pada Afiq dalam telefon

" arghh, aku malas laa. aku tak sihat. Korang pergi je laa " jawab Afiq pada Edy

" Aku tak kira, kau kena ikot jugak. Kau jangan nak poyo sangat la fiq, aku tak nak dengar apa apa alasan " kata Ilham pada Afiq, mereka adalah kawan bisness sejak 4 tahun lagi

" yela yela yela, aku ikot. Tapi dengan syarat..... "

" apa syarat kau ? "

" Aku tak nak drive, aku nak duduk belakang jadi boss and nak naik kereta Myvi, deal ? "

" baik boss, kitaorang otw "



ShaSya tiba di pejabat yang mengeluarkan sebutharga.

" eish, ramainyaa, apa aku nak buat ni. tengok hanpone la " bisik Shasya dalam hati sambil mengeluarkan hp nya yang baru di masukkan ke dalam beg tangan nya, selepas berapa saat melihat ramai orang, dia dengan cepatnya keluarkan hp dari beg tangan nya.


" Assalamualaikum, pada hari ni pihak kami mengeluarkan iklan kerja - kerja di beberapa tempat. Pada yang sudah menulis nama boleh bergerak ke tapak Jalan Kota Temenggong " ucapan dari pihak majlis untuk pihak kontractor.

Selepas Shasya menulis nama di borang, dia pun bergerak ke Jalan Kota Temenggong tanpa memandang kiri kanan. ( Terus blah ) hehehehe

 Tiba di Jalan Kota Temenggong


" wow, ingatkan aku yang cepat, rupanya aku yang lambat sampai. Dah ramai lak tu." Shasya asyik bercakap seperti sebelah dia ada orang yang sedang mendengar bebelan dia. Padahal dia soal, dia jawab sendiri.


Semasa keluar kereta , Shasya pun melintas jalan. Dalam beberapa saat Shasya berdiri seorang sambil melihat hpnya. Dia ternampak kawan se universitinya di sebelah kirinya dan terus pergi pada kawannya..

" Hey, Leha, seorang ke ? " sambil salam Shasya menyoal kawan nya

" a'ah, seorang je. Shasya seorang ke, mana akak yang selalu ikot Shasya tu?

" Dia tak pergi, boss akak tu yang pergi "

" Mana akak yang mengandung selalu ikot Leha tu ? "

" Owh, dia dah lama berhenti "

semasa mereka rancak berbual, Shasya terpandang " lelaki lambat datang " masa dekat site visit hari tu. Lelaki tersebut berdiri bersama kawannya. Dia perasan lelaki tu asyik memandang ke arah Shasya & Leha, tetapi Shasya buat tak tahu je.

" Leha, nak tanya ni. Nampak tak budak lelaki yang pakai baju merah tu. Yang badan dia kecik - kecik. " Shasya tanya pada Leha secara perlahan - lahan takut orang sebelah mereka terdengar

" Yang mana satu ? "

" Yang bertentangan kita ni, jangan terus pandang, nati dia perasan "

" oh, tak kenal la, Kenapa Shasya ? " tanya Leha

" Dia kan, macam... erm, Gaya dia macam boss, tapi badan dia nampak kecik - kecik je. Dia budak lagi ke ? " tanya Shasya pada Leha. Shasya dah lama ingin tahu siapa dia sebenarnya.

" Tak tahu la Shasya " jawab Leha dengan perlahan


Selepas bertanya, mereka masing - masing senyap dan menghadap telefon masing - masing.
Shasya sebenarnya perasan lelaki itu pegang hp dan Leha pon pegang hp. Dia terdetik dalam hati mungkin mereka tengah "sms". Sebab, selepas lelaki itu melihat hp, lelaki itu memandang ke arah Leha, dan leha pon pandang handpone nya. Ia seperti menunjukan mereka sedang bersms.


" wei, awek r " cakap Afiq pada Edy

" awek tu susah r. Dia tak cakap dengan orang, tak layan sesiapa. aku selalu nampk dia dekat site visit, lepas dah settle, belum berapa apa - apa, dia dah hilang. " jawab Edy

" okey, kita "bet", kita tengok siapa boleh dapat budak ni "

Penerangan mengenai kerja telah pun bermula. Semasa penerangan sedang berjalan, tiba - tiba budak lelaki & kawannya berdiri di sebelah Shasya & Leha. Shasya buat tidak tahu, and tidak memandang lelaki yang disebelahnya itu.

" eiy, pinjam kertas tu " budak lelaki tu mintak kertas pada Leha untuk dijadikan kipas. Cuaca ketika itu terlalu panas terik, masing - masing dah macam mandi air terjun.

" aik, dia tego leha laa. Mereka kenal ke.... oh mybe lelaki tu nak pinjam kertas je kot " bisik dalam hati Shasya.

Penerangan pun telah pun habis, masing - masing hendak bersurai. Shasya terdetik hati nak mintak nom Leha. Sebelum Shasya tanya, Leha dah tanya dulu mengenai nom telefon

" Shasya, nak nom telefon boleh "

" Oh, boleh, Shasya pon nak nom telefon Leha "

" okey, shasya bagi,nati Leha misskol "

" okey, @#%^&**(^%$# , nati misskol okey "

" okey, tq Shasya. okey bye "

" bye "


" Korang, cancel about the " bet ", ini perempuan aku nak. Korang boleh cari lain . Dot " cakap tegas oleh Afiq secara tiba - tiba pada Edy & Ilham

" Eiy, kenapa bro, what happen? " tanya Edy

" Aku tengok dia lain la, dia macam kawan aku dulu, Arwah Jasmine " jawab Afiq

" siapa Jasmine tu ? " tanya ilham

" kawan lama Afiq, dieorang simpan perasaan suka sama suka, masa Arwah Jasmine dah tak ada, baru Afiq tahu Jasmine suka dekat dia juga " Edy menjelaskan kenangan lama Afiq pada Ilham

"ooowwhh, sebab tu la sekarang Encik Afiq kita suka dekat perempuan, main terus terang and main redah je. Tapi kau bagus la bro. So profesional. I like it. Okey, Budak perempuan tu, kita tak kacau. Kalau menajadi, jangan lupa ajak kitaorang, nak rasa jugak nasi minyak rumah kau. " mereka berbual dan menceriakan keadaan mereka dalam perjalanan balik ke pejabat masing - masing


" Leha, saya nak nombor budak perempuan tadi " tanya Afiq pada leha dengan muka yang sangat poyo.

" Tapi dia susah la Encik, dia tak layan punya " jawab tegas Leha pada Afiq iaitu anak seorang Ahli Majlis yang cukup terkenal di kalangan ahli - ahli politik. Afiq mempunyai syarikat nya sendiri sejak 4 tahun lagi

" Dia ada pakwe? " 

" Tak ada "

" So, simple. Awak bagi je, saya uruskan " jawab Encik Afiq dengan Te-Yo ( tegas + poyo ). Afiq seorang yang berterus terang, bila dia say A, maka A la.


" Baik la En Afiq, ini nombor diaa ........... "

selepas bersurai, masing - masing dah masuk ke dalam kereta dan Shasya pun terus balik ke rumah untuk makan tengahari. Selepas makan tengahari, dia keluar untuk membeli goreng pisang dan menghantar ke rumahnya. Semasa dalam perjalan ke rumah pada pukul 3, tiba - tiba Shasya dapat sms dari wassupnya.

" hye "

" siapa ni? " ini la soalan pertaman akan Shasya tanya jika ada orang sms dia dari nom yang dia tak kenal. Tetapi hati dia dah terdetik mesti mamat yang tadi kat lawat tapak mesej ni. Dia pun tengok profile picture di wassupnya.

" kan aku dah cakap, dah agak dia akan mesej aku. Ni mesti si leha bagi nom aku kat dia " bisik si Shasya dalam hati sambil senyum

" awak siapa ye, macam mana boleh dapat nom saya " walaupun Shasya dah tahu, dia berlakun seolah - olah tak tahu

" nama saya Afiq, mana boleh saya bagitau mna saya dapat nom awak ", jawab Afiq

" Leha bagi ? " Shasya acah - acah serius

" x laa. erm a'ah ",

" kejup ye, saya tengah drive " cakap Shasya pada Afiq

"Rupanya nama dia Afiq. Kenapa la orang sekeliling aku di penuhi nama Afiq. Nama ayah aku Afiq jugak" Shasya membebel seorang diri dalam kereta smbil drive

Bersambung..................






















2 comments: