Wednesday, 21 June 2017

I'M BACK !

Assalamualaikum !

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat mu ya Allah, kerana telah mengembalikan blog saya yang tak berapa nak famous tapi tuan blog ni famous. Kah Kah Kah !

Antara faktor utama saya kenapa lama tak update adalah kerana, disebabkan dan punca nya ialah, MALAS !  Lagi satu lappy rosak babe, lappy dah inalillah. Macam mana nak update kalau rajin tapi tak ada lappy ? Tell me !


Korang mesti rindu Shafika Shafiq ni kan? Meh sini akak payung satu gambar HEHE






Apamacam, ada gaya - gaya datin celup tak ?kah ( okey tak kelakar ). Oh, asyik cerita pasal peika je ? Korang macam mana ? sihat tak ? peika tanya pun, korang bukan jawab kan. haha. Harap - harap korang selalu sihat, bahagia dengan yang tersayang & tercinta, dan peika selalu doakan yang baik - baik untuk korang. In Shaa Allah, amin.


Oh, raya dah nak dekat an. Lagi 3 hari je ! Dah beli baju raya ? beli kuih ? beli makeup2 ? Peika ?
Tahun ni memang simple habis, guna baju kurung yang baru pakai 2 ke 3 kali time tunang abang, hujung tahun lepas kalau tak silap. Pakai tu je, still nampak baru. ( pujuk hati ) . But series, memang baru lagi, buat apa nak beli lagi. Nati lepas raya peika kena tempah 2 baju kurung untuk majlis kahwin. Kawin sepupu & bff. Perghh, duit melayang seperti burung - burung di awan biru. Hahaha. 

Tahun ni lagi prefer shopping time berjalan masa raya, itu pun kalau ada hati nak beli laa. Yela, shafika shafiq ni baru nak start hidup ( habis selamani patung ) hahaha. I means, bila kewangan belum stabil, kita tak dapat nak shopping sakan. 

Throwback masa belum pegang duit sendiri. Setiap kali tiba raya, ayah akan hulurkan seorang RM 500 untuk shopping. Nasib baik adik badik ada 3orng je, Kalau 5 ketas, tak ke botak ayah kita. hahaha. Dapat je duit RM 500.00, fikir la nak beli Handbag Carlo Rino, Kasut Nike, Sandle Summit, Seluar Jeans ada saiz luar negara sbb peika terlalu tinggi and xada size. Semua tu fav brand & ngam dengan peika.Masyukkk rr dulu, dapat duit shopping sana sini, sekarang ??

Shopping pakai duit SDN BHD. Baru kau tahu apa itu duit. Betapa pentingnya duit bagi kauuu !!!. Ini kisah perjalanan setiap manusia yang baru nak mulakan hidup dengan gaji yang biasa - biasa. Kisah anak kepada orang kaya - kaya, lain cerita, memang dah rezeki mereka. So kita tak payah nak mengata mereka like " tau laa kau anak orng kaya, boleh beli itu ini " & etc. Nampak sangat la kau tak ada duit. Buat rileks - rileks sudah. hahaha


Bersyukur dengan segala rezeki yang ada. Nak tahu tak apa kunci utama untuk dimurahkan rezeki ?

" jaga emak kita tanpa sebarang kekurangan & pasang niat bahawa kita cari rezeki untuk berkongsi dengan family "


So, raya ni jaga diri elok - elok. Lepas raya, kita updat lagi ye. Sorry la cerita x berapa menarik. Sebab tak tahu nak cakap apa . hehe.




SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN !


Lots OF Love ,
Shafika Shafiq.



No comments:

Post a Comment