Wednesday, 21 December 2016

Kepuasan Diri Bab ll

Assalamualaikum.





Today nak cerita pasal apa ek, erm kita membebel je la apa yang patut. Nak tanya, uolss semua kumpul duit start bila? Means, dah start kerja terus kumpul duit ke, atau sebulan and dua bulan enjoy baru fikir nak kumpul duit ? Saja je nak tanya, bukan nak busy body. Sebab peika pun nak share kisah peika mcm mana pulak kan.

Masa dulu time belajar, kita selalu cakap. Bila nak habis zaman study ni. Tak sabar nak kerja. Kata - kata tu keluar time kita stress dengan assign, report, final and etc. Tapi ada jugak yang memang nak habis cepat, sebab dah buntu sangat dengan kerja - kerja time study. Lagi - lagi time final, masa tu la kepala otak semua kena cuci, bagi fresh, study siang malam subuh, sampai x cukup tidur. Peika cerita pun sebab peika pernah study kan. Dulu pun peika cakap, " bila nak habis, dah tak dah face payper2 ni semua. ", setiap orang macam tu kan. So itu before kerja la.

Zaman nak masuk alam pekerjaa. Berazam, first gaji nak bayar segala comitment, first PTPTN laa, itu comitment paling penting broo. haha. Then comitment personal. First gaji dapat on hand je, apa kita nak buat ek. kita beli something la. Ni kan gaji pertama, kena nampak sikit. Itu reality nya laa, sebab peika pun alami benda yang sama. hahahahahah. Okey x kelakar. 

Ikotkan pengalaman peika, setahun peika kerja, peika x fikir pun " aku akan kumpul duit untuk future ", tak menafikan memang ada jugak berazam macam tu. Setiap kali before nak keluar gaji, selalu cakap dengan mak " mak, bulan ni dapat gaji saya nak simpan la, nak kumpul duit ". Tapi itu semua munafikk semata - mata. Sebab gua x kumpul pon. hahaha. First dah ada comitment, second pergi jalan2, syhaitonn selalu menghasut untuk shopping. Lagi2 gaji starting memang cukup - cukup makan. Melainkan first gaji kau dah dapat gaji RM 2k++. Itu lain cerita laa, ini cerita insan - insan yang baru nak hidup dengan gaji RM1500. 

Ikotkan pengalamn peika, first gaji memang belanja family makan, beli untuk diri sndiri. Then bila kau datang dari family yang tak pegang motor, kau kena la beli kereta sebiji untuk keperluan harian. Kan ? Macam peika, peika memang x ad kereta. Selama beberapa bulan, peika pergi kerja & balik kerja  , mak yang selalu hantar & ambik. Sampai satu tahap, dah rasa kecian tengok mak. Jadi buat la Loan kereta. Alhamdulillah, dapat beli kereta sebiji. Ada jugak member cakap, " kenapa beli kereta dulu, sepatutnya beli rumah dulu and bla bla bla ". Peika jawab dalam hati, " kau cuba duduk dalam hidup aku, baru kau tahu aku kena beli kereta / tak ". Biasa la, manusia mudah judge orang. Kita redha.

Then lepas dah ada comitment bagai, peika still belum fikir nak kumpul duit dengan series. Peika start kerja tetap bulan 4/2015. Lepas beberapa bulan kerja, peika selalu pergi jalan. Turun johor la, turun kl la. Pergi Krabi la. Sedangkan kawan2 lain semua tengah duk kumpul duit. Tipu laa kalau saya tak risau sebab tak kumpul duit. Rasa nak nagis pun ada. Tapi dah mcm tu pun, perangai x berubah jugak. Sampai member cakap, " kau ni kumpul duit ke tak??, asyik berjalan jeee ekk ". Teguran nasihat dari kawan baik. hahaha. Peika jawab " alaa, nati la kumpul duit, sebab belum terasa nak kumpul duit laa ". Kawan buat muka pelik. hahaha

Jadi kat sini, selama 1tahun lebih peika dah ikot amalan syhaitoonn, membazir duit, shoping sana sini, berjalan sana sini, now hati dah terbuka luas & terasa nak taubat untuk kumpul duit. Dengan boss dah naikkan gaji, alhamdulillah, baru rasa mcm bertanggungjwb sikit. hahahaha.

Untuk peika, tak salah pun nak laburkan duit dengan beli apa yang kita suka. Kita kerja, kita dapat duit. Mak cakap, nak beli apa, beli. Sebab pakai duit sendiri.Gaji dari titik peluh sendiri, beli & buat sesuatu untuk kepuasan diri. Janji jangan lupa bagi mak ayah and adik beradik rasa gaji titik peluh kita. Walaupun x dapat bgi duit, belikan barang / hadiah pun dah rasa kepuasan tau. 

Tak semestinya, kita kerja, terus kena kumpul duit sampai kita nak beli apa2pun tak dapat. Bukan macam tu maksud peika. And bukan juga maksud peika, dapat gaji boros habis. Sampai tak ada duit kat tangan. Belanja, belanja. Simpan, simpan. Macam peika, peika dah setahun keluarkan duit untuk buat apa yang peika nak, beli baju, beli kasut, pergi jalan sana sini, belanja kawan, and etc.

Now, nak masuk 2017, baru sedar diri bahawa " aku dah kena kumpul duit dengan betul betul series  ", hahahaha.. Tolong la percaya, tolong laa. hahaha.Yang kawan2 saya baca, tolong la percaya. haha.

Hari tu baru buat list comitment, yang penting.....


1) Kereta
2) Parents
3) Ptptn
4) Insuran
5) Simpanan adik
6) Wedding Planner ( early preparation )

See, mana taknya risau banyak sangat komitment... Haa belum lagi beli rumah. Omaigodd. hahahaha. Rileks2, jangan la bergelabah. Allah sentiasa ada dengan kita. Allah akan aturkan yang terbaik buat kita. Yang penting yakin and percaya.

Dah kerja ni, banyak sangat dugaan, banyak sangat comitment. Nak fikir pasal bayar ptptn. Itu je dah memeningkan kepala.. Ohhhh, masa first ptptn dapat, beli enpon Sony tak pening pulak ekkkk #sedardiri hahahahaha. 

Makin lama, hidup makin mencabar. Status Single ni je dah macam status married tauu, Ni kan pulak status Married. Haa. Fikir2 lak. 

Kadang peika bagitahu mak, " mak, nati saya dah kahwin, saya tak nak la ajar anak2 saya tengok astro, tido dengan airkond, simple2 je ". Mak jawab " nati anak2 kau jadi jakun baru tahu "......
i be like.... " mata terbeliak, mulut tengaga " huhuhu.

Jadi sekarang yang masih single and acvaible ni,,,, eyh2, tertambah lak. huhu. i means, masih bujang ni, rasanya kena pandai bercermat, pandai belanja, tahu mana bazir and mana tak membazir. Jangan ikot peika, nati kelaut jawabnya. hahaha

Sekarang ni, peika kira2, tinggal berapa hari je lagi nak masuk Tahun 2017, masuk je tahun 2017, peika dah tak boleh nak belanja sesuaka hati. Nafsu kena kawan 100% beb. Pergi mall, kena pakai sunglass. Mana tahu boleh kurangkan nafsu shopping. Baru tahu la, yang pergi mall pakai sunglass ni semua sebabnya ialah nak elak daripada shopping. Lagi2 lelaki, sebab tu dia x shoping ekk. hahahaha. okey tak kelakar punn. hmmm

Semoga kita jadi seorang yang pandai menggunakan duit,tak boros, tak ikot nafsu sangat. Yang penting, dapat gaji jangan lupa bagi parents rasa, baru gaji kita diberkati. Amin.

*Nasihat untuk diri sendiri, tak ada kena mengena dengan orang lain.

The End




No comments:

Post a Comment