C.B.A PART 2
KONONYA SWEET LA TU
" Kalau, erm erm, kalau saya nak couple dengan awak boleh? " ni la antara ayat - ayat lelaki baru nak "up" mintak couple dengan perempuan.
Baca mesej terus tersenyum teruk dari kerang busuk, pastu tutup muka dengan bantal (kononya excited and malu ) and goyong kaki walaupun tengah bersila. Ni cara perempuan yang over excited bila lelaki ajak couple ( dulu mybe aku macam ni kot ) hahahaha.
Jadi mula la perempuan say YES to lelaki. Oh Gosh, nyampah pulak aku nak taip. heheh. Bila dah say YES to pihak lelaki, mula la pasangan ni wujudkan satu Perjanjian You & I.
Antara isi - isi perjanjiannya ialah :
1) Tidak Boleh Mesej Lelaki / Perempuan Lain
2) Setiap Kali Nak Keluar Rumah Mesti Bagitahu (keluar dengan siapa, pakai baju apa,keluar pergi mana, lama ke, cepat ke, and bla bla bla )
3) Sebelum tidur kena wish, selepas bangun tidur kena wish
4) Pergi sekolah jangan duduk sebelah lelaki, jangan berbual dengan lelaki, jangan pandang lelaki, jangan senyum dengan lelaki,
5) Pergi sekolah jangan senyum dengan perempuan, jangan cakap dengan perempuan, jangan pandang perempuan dan sebagainya
6) Masa hari jadi mesti kena wish, kalau tak wish saya merajuk. tak makan nasi. ( biar, tak yah makan, biar kau kebulur 1 bulan ) hahaha
7) Masa annivery kena wish jugak, bukan setiap tahun tapi setiap bulan. Dalam wish tu kena ada sepatah dua patah harapan untuk hubungan ni. ( Nasib baik dia tak mintak visi & misi hubungan ni )
8) Tadi pergi sekolah cakap dengan siapa, senyum dengan siapa, berjalan dengan siapa, pergi toilet dengan siapa, makan dengan siapa.
and bla bla bla...
Ni baru sikit, cuba dapat yang cemburu buta. Pergh, kalah suami isteri cara dieorang ni. Setiap apa yang kita buat, kita kena bagitahu. A hingga Z. Dulu masa emak kita lahirkan kita, ada tak mak / ayah kita buat surat Perjanjian atau listkan apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat lepas kita dah besar. Kalau kau pergi tanya, mesti emak kita cakap " kau ni sewel ke ap? " Parents kita pun tak buat kita macam tu, " dia " siapa untuk mengarahkan kita. Oh, bila scha baca ada tak rasa macam membusankan couple ni? Ada kan ?
Yela cuba scha tengok eyh, kalau scha couple, scha mula la kena dikonkong, tak boleh buat itu ini, tak boleh berkawan dengan semua orang and sampai tahap scha tak boleh bercakap dengan lelaki classmate skali. Scha nak ke macam tu? Jadi bila scha nak keluar dengan kawan perempuan pun tak boleh. Sebab apa? nati jalan dengan perempuan, nati kena ngorat, nati kena kacau. And macam - macam lagi scha akan alami.
Nati bila kita leka dengan bercinta, mula la nak keluar berdating. Pergi mall, tengok wayang, lepak sana sini. And macam - macam lagi. Tu la dikatakan Cinta Monyet ni melalaikan diri and terjerumus ke dalam benda - benda negativ.
Scha boleh berkawan rapat dengan lelaki, tetapi bukan umur yang kecik ( 8tahun - 20tahun ). Akak cakap bukan akan ni bagus atau pandai berkata - kata. Akak cakap kerana nak nasihatkan kepada scha. Scha ialah adik kakak yang paling bongsu and penyeri hidup keluarga En. Shafiq (ayah kita) .Akak dah lalui semuanya A hingga Z. Jadi sebagai akak, akak ada hak nak beri nasihat.
Sekarang, zaman tak boleh ditegur sikit. Nati melawan, merajuk and lari rumah. Jadi bila kakak dah cakap kat sini, mudah- mudahan scha faham. atau klik disini. Banyak kenangan yang pahit akak lalui sebab " CINTA ".
Bersambung...........
Yang Menyayangimu,
Kakak yang Santek .
No comments:
Post a Comment