Assalamualaikum.
Wah, dah lama saya tak update blog ni. Sejak menjak ni, busy sangat la. Nak buka laptop pon dah tak ada masa sebenarnya. Act, laptop rosak. hahahaha. Ok, tak kelakar kan.
Macam - macam nak membebel ni sebenarnya, ni peika update pon dekat ofis, jangan bagitahu boss saya tau. hehehe. Masa lunch ni, peika update la, bukan time kerja okey.
Btw, korang apa khabar, sihat tak? Sekarang tengah buat apa, kerja ke atau masih study. Yang dah kerja tu taniah, bagi yang masih belajar tu taniah jugak sebab sentiasa sabar dengan dugaan ketika belajar and sedang merempuh dugaan untuk tamatkan pengajian tu. Macam pelik je ayat aku. haha.
Shafika pulak? oket alhamdulillah sihat, khabar saya alhamdulillah baik. Kadang - kadang ada dugaan, tapi itu semua mengindahkan kehidupankan kita sebenarnya. Masa stress la kita rasa " aduh, pehal laa benda2 ni semua jadi kat aku ", stress gila vavi sampai tarik rambut. Ada tak stress sampai mcm tu sekali ? If ada, bawak mengucap, tarik nafas dalam2 and hembus kat lubang jamban, then flash.
Nak ceritakan mengenai peika sejak menjak kebelakangan ni, tak ada pun yg menarik sebenarnya. But cuma rasa ingin share apa yg peika fikir, peika rasa, peika alami, and semuala. But, personal tu xad la. Ni just umum jee.
Peika jujur, sejak peika rasa kecewa dalam satu kenangan yang pahit tu, peika rasa bersyukur atas apa yg terjadi. Peika baru tahu, apa yg berlaku hari tu, hari ini sangat mengembirakan and menenangkan diri. Kenangan lama tu, buat diri peika lebih kuat, berani, tegas, and cuba nak buat sesuatu yg tak fikir nak buat before ni. Benda positif tau. huhu.
First, alhamdulillah peika berani untuk menonjolkan diri untuk pergi casting modelling. Act, serius memang tak yakin dengan diri sendiri. Then, tanya pendapat emak, ayah, abang, kawan. Semua support 100%. Masa pergi pon memang main terjah jee, dapat / tak dapat belakang cerita janji kita dapat pengalaman casting tu macam mana. Alhamdulillah lagi sakali sebab peika terpilih untuk jadi member of one modelling organization @ Melaka. Walaupun diri ini sedar tak sehebat Amber Chia, peika bersyukur sangat sebab Manager tu beri peika peluang untuk jadi anak2 buah dia. hehehe
Second, Alhamdulillah lagi sebab peika jadi owner of Lola The De' Party. Apakah benda alah Lola tu ekk ?? Lola The De' Party tu ialah syarikat event planner yg comel loteh yg tak ada pekerja . Semuanya Sendirian Berhad. haha. Means, peikaa buat event planner ni secara solo. Macam mana terdetik nak buat bisness ni semua ? Peika memang suka sangat buat bouquet2 coklat & ross. Kadang berangan ada tak orang akan bagi aku surprise mcm ni semua. Tapi diri ini sedar jugak yg saya tak layak menerimanya, tetapi layak untuk memberi kepada orang. Dalam masa yang sama, peika jujur kerja satu tempat je memang tak cukup, macam peika ni gaji sikit je and lepas la untuk bayar segala comitment yg ada. Bersyukur, bukan tak bersyukur okey. Tapi kadang rasa bila pertengahan bulan, duit macam makin berkurangan. Nak mintak mak ayah, dah rasa mcm malu nak mintak. Sebab kita dah berkerja, takkan masih lagi nak mintak mak ayah. Series, masa awal2 before mula bisness ni, ada je selalu mintak ayah. kadang kalau tak mintak sebab dah malu sangat, ayah sendiri akan tanya setiap kali pergi kerja " baik2 pergi kerja, ada duit tak ? ". Tak pernah miss ayat dia tu until now. Kadang cakap ada, tapi sebenarnya tak ada. Yela, sis malu laa nak mintak je kan.Walaupun ayah kita sendiri.
Then kadang peika keluar sorang2, spent time untuk diri, termenung sambil fikir. " aku kena buat something supaya aku boleh bagi duit untuk parents walaupun pertengahan bulan / tiba2 mak ayah cakap nak guna duit ", So terfikir, jom la buat bisness yang aku minat. Jadi tubuhla LTDP. Apa yang peika buat, semuanya nak puaskan diri, bila orang dapat bouquet tu, dieorang rasa happy. So itu yg best. Rasa kepuasan dia macam nak terjun bangunan. hahahaha. wuekk. First delivery peika, peika jujur yg peika memang rugi and xad untung sehingga peika sendiri keluarkan duit. Dari situ peika baiki apa yg tak betul, apa yang kurang, apa yang tak kena. Supaya benda tu jadi sempurna & puas dimata orang. Bila nak buat perniagaan ni, ada beberapa perkara yang peika selalu remind :
1) Apa niat kau mulakan bisness ni ?
2) Jangan ada riba dalam perniagaan.
3) Dalam bab makanan, jangan sesekali amik untung, sebab makanan masuk dalam perut orang.
4) Buat sesuatu dengan niat nak tolong orang.
5) Sentiasa memberi walaupun kau sendiri tak cukup duit, bagi sikit pon xapa la. Janji memberi.
Itu yang peika selalu remind untuk diri peika. Peika bagitahu ni semua bukan untuk menunjuk2, riak, belajak. Niat cuma nak share dengan orang je. Boleh kan3?? Jangan la marah kalau tak suka baca blog saya, nati saya sedih. ;(. Alhamdulillah, apa yang peika buat sekarang semua, hanya untuk suka2 je. Bila orang tanya, peika jawab benda yg sama " buat untuk suka2 ".
Third, ialah peika tengah memikirkan sesuatu untuk membuat sesuatu supaya yg sesuatu itu menjadi kenyataan suatu hari nati. hahahahah. Amin.
Jadi apa yg peika cakap ni, just niat nak share jee. Jangan la marah if awak tak suka okey. Yang penting solat 5 waktu jangan pernah lupa. Solat sunat Dhuha jangan lupa & solat Taubat jangan lupa jugak. Terima kasih pada yang penah hadir dalam hidup dan pergi untuk meninggalkan diri ini. Terima kasih jugak keran awak saya kuat hari ni. Muach tak ikhlas sikit. hahaha, kang ikhlas lain pulak jadinya, huhuhu. Jangan pernah salahkan atau benci pada orang yg penah hadir dalam hidup kita jika dia memilih untuk pergi. Kdang diri sendiri ada buat salah, kan3. Maka redha la apa yang berlaku dalam hidup kita walaupun dia pahit macam kopi. ermm
Assalamulaikum.
No comments:
Post a Comment