Assalamualaikum
Umur aku makin meningkat. Dah 20 tahun ke atas. Bukan lagi belasan. 15, 16, 18, 19 tahun. Tapi dah 21 tahun. Macam - macam aku kena fikir. Bukan aku je, tapi semua orang kena fikir masa depan. Lagi - lagi anak muda macam aku ni. Dulu masa belasan tahun langsung tak fikir macam sekarang . Sekarang setiap saat, nak pergi toilet, nak tidur berfikir. Sampai otak kita penat fikirkan masa depan. Aku tak tahu la orang lain macam mana. Yang pasti aku ni huh, mak ai risau setiap malam fikirkan apa akan berlaku esok hari. Setiap kali balik lunch, aku mesti buka peti surat. Untuk apa? tanya lagi untuk apa. Cek la mana lah tau ada surat tawaran kerja. Tapi tak pernah pun dapat.
Setiap parents nak kan anak - anak dia dapat kerja yang baik. Iaitu kerja kerajaan! Kita sebagai anak, kita tahu susahnya nak dapat kerja kerajaan. Sebab setiap hari kita yang update and update SPA. Buka email. Buka laman web yang kita apply kerja. Tengok ada dapat ke x. Tapi bila buka, hampeh je. Itu yang dikatakan belum ada rezeki. Rezeki masing - masing. Kita hanya berusaha, Doa and Tawakal .
Aku tanya dekata ayah aku,
" apak, saya nak kerja luar melaka boleh?"
" kerja apa? kerajaan ke?"
" tak ada la, kerja biasa je. Swasta"
" tak payah, melaka banyak lagi kerja ada. Kalau kerajaan, baru boleh kerja luar"
Bila aku dengar macam tu, aku terus naik angin. Sedih and rasa kecewa. Perasaan tu timbul sebab kita tengah stress tak dapat kerja and belum dapat jawapan dari kerajaan yang kita apply. Tapi cuba kau duk diam - diam, bawak bertenang and tarik nafas dalam - dalam. Betul jugak kata ayah aku. Ayah aku cakap, gaji dekat luar tu setakat beza berapa ratus dari kerja yang sekarang, baik tak payah pergi. Sebab kalau duduk luar, macam - macam belanja kena tanggung. Kalau kat sini, duduk dengan family, bila kita tak ada duit, parent boleh support. Lagi - lagi duit minyak. Tak geti malu ke pinjam parent? memang malu, tapi bila pinjam dengan niat nati gaji pulang balik. Sebagai parents, mereka akan cakap " tak payah la ". Dah cakap macam tu, jangan laa kau cakap " okay ". Sekurang - kurangnya ajak la family keluar makan. Belanja makan. Tak salah pun.
Jadi lama - kelamaan aku pun setuju la kat ayah, okey aku akan kerja dekat sini sementara dapat kerja yang lebih baik. Bukan pasal kerja je kot nak fikir.
Now aku baru ambik diploma. Now diploma dah setaraf sijil. Masa aku tengah sibuk sekolah ambik spm, masa tu la diploma selalu dibangga - banggakan. Bila aku dah habis diploma, degree pulak dibanggakan. Alamak,pening pale kita. Tapi tak semestinya orang yang ada diploma and degree akan dapat kerja. Allah tak tetapkan pun bahawa orang yang ada diploma and degree sahaja aku akan bagi rezeki kerja. Hello, ingat orang yang pmr and spm ni tak ada masa depan ke. Ada je. Cuma kita ni yang malas. Sibuk mengata - ngata orang, sibuk mengarah - ngarah orang buat ni, buat itu sampai tak sedar diri. Kalau aku ni berkuasa kat dunia ni, aku dah bagi hukuman gantung pada orang - orang macam tu. Nampak tak betapa kejamnya aku. hahahaha
Aku ada Diploma In Civil Engineering. Memang nak sambung degree. Tapi aku tak boleh nak ambik sepenuh masa sebab aku ada komitment. Iaitu bayar kereta. Kenapa kau ambik kereta awal- awal? Tu la siapa suruh kau ambik kereta awal- awal ? Hamboi, senangnya dia kritik kita macam tu. Kau senang la parent ada 10 biji kereta. Duit kereta ayah bayar. Nak pergi dating mintak ayah duit. Aapadah!
Ingat kita ni beli satu harta untuk suka - suka ke?? Mesti ada sebab. Macam aku ni. Masing - masing dalam family pakai kereta. Aku lak jenis kerja yang selalu pergi luar. Kerja luar. Takkan nak susahkan mak ayah. Jadi nak ke tak, kena juga beli sebiji kereta. Bila dah ada kereta banyak pulak guna duit. Pada yang baru nak ambik kereta. aku nak ingatkan ni. Kau kena buka satu bank khas untuk kereta. Kumpul la duit sebulan Rm100.00 untuk kereta. Bukan untuk renovate. tapi untuk service, untuk roteks and insurans and macam - macam lagi. Ni belum lagi cita kereta kena langgar. Kereta kita kena langgar tak apa, jangan kita yang langgar kereta orang lain. Tu memang pedih !
Macam mana pun,aku mesti kena fikir something supaya aku boleh berjaya dapatkan kerja yang tetap and boleh tanggung family. Setiap anak nak tengok parents dia bahagia. Macam aku jugak.Impian aku cuma nak dapatkan kerja yang tetap, belikan parents rumah. Cukup la. Tu dah buat aku bahagia. #seriestalk
Kadang terfikir jugak nak buat kerja sambilan. Mean buat bisness. But tunggu la ada rezeki lebih, baru fikir side income. Kalau fikir nak buat semua dalam satu waktu, memang pecah kepala aku.
Yang penting, niat nak buat sesuatu kena baik. Berdoa.Ingat Allah SWT. Aku cakap mcm ni bukan sebab nak tunjuk aku ni baik.Aku ingatkan diri aku sendiri and sekali gus ingatkan kawan - kawan yang baca ni. Ada ke orang baca? haha.
Btw, mudah - mudahan semua apa yang kita buat ada keberkatan dari Nya. Amin
DOA MEMOHON KEMUDAHAN
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa”
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah"
DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada
“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)
No comments:
Post a Comment