Hye En Kacak & Pn Manis sekalian. Tengah buat apa tu? Kerja ke? Oh, tengah study ye. Dah makan tak?.. Hmm, Sebenarnya, Cik Peika tak tahu nak cakap apa. Tapi ada benda nak cakap. Macam mana tu.
Okey macam ni, Cik Peika sedang memikirkan masa depan. Sebenarnya apa aku nak jadi. Maksud peika, kerjaya. Peika baru lepasan Diploma In Civil Engineering. Lepas practical terus sambung kerja dekat tempat practical. Masuk bulan ni, dah nak setahun cik peika dah kerja dekat sini. Kadang rasa stress, busan, rasa nak mintak berhenti kerja je ( fikiran ketika otak tengah shock ). Yela, asyik buat kerja yang sama, menghadap benda yang sama, mesti la rasa macam nak tarik rambut and jerit kuat - kuat. Kebetulan office cik peika ni, peika seorang je. Tapi nasib la sebelah office peika ni ada syarikat lain, pekerja nya pun seorang. Bila busan hulur - hilir je. Tapi bila bos masuk je, dalam hati bisik " alaa boss, please jangan suruh buat sebutharga ", tapi bila dia cakap " shafika, buat sebutharga........ ", jantung terus lemah. Rasa nak nagis. Sebab apa? Tengah busan, lepastu suruh buat benda yang sama. Kalau adik beradik kita suruh kita buat sesuatu, benda tu lak buat kita fedup, kita terus melenting kan? Habis, ni BIG BOSS kot. Takkan nak melenting. Kita kan pekerja, behave & bersabar okey. Manusia kena sabar, kalau tak ada kesabaran hidup sentiasa becelaru & stress.
Peika tengah fikir, apa peika nak buat selepas ni. Nak sambung belajar? kerja? buat bisness sampingan?. Macam - macam dalam fikiran ni. Korang tau an, cita - cita Cik Peika nak jadi Cikgu / Pensyarah. Bukan cikgu bahasa ye, tapi cikgu sekolah Teknik / Vokasional.Peika terlalu minat dalam bidang Binaan Bangunan. Memang hati peika dekat Vokasional & Teknik.
Ada jugak bincang dengan family about my future. Tanya pendapat apa semua. Cikgu sekolah Vokasional pun still contact tanya pendapat apa semua. Member pun tak lepas. Asyik2 kol dieorang and selalu je susahkan hidup member untuk tanya pendapat. Mereka Redha je dengan bebelan cik peika. Kata member kan, dengar laa dengar laa. hihihihi.
Setiap hari, setiap saat mesti fikir apa keputusan peika. Apa aku nak buat. Just choose one. Kerja / belajar? If belajar, nak buat PJJ / FullTime. Ayah ada jugak rekemenkan ambik dekat melaka je. Biasa la, aku ni anak emas + permata + berlian + delima, berharga sangat. Tak sanggup lepaskn jauh - jauh. If berjauhan, setiap jam kena update dekat mana, buat apa, dah makan and so on. Bila ayah cakap ambik dekat area melaka je, jantung semua jadi lemah and rasa nak nagis darah. Yela, dari sekolah menengah until tamat diploma, dalam melaka jee. Oh my Good, malaysia tak ada negeri lain ke sampai aku tak dapat tawaran luar melaka. arghhh. Eyh, apehal aku ni, eyh bersyukur tau peika, kau patut bersyukur sebab kau dekat dengan family. Nak apa - apa boleh lari balik rumah. ( especially about money money money ) hahahaa. Ada baiknya dapat belajar dekat dengan family, totally apepon yang dekat dengan family, kau kena bersyukur tau. Sebab Allah bagi kau rezeki & peluang untuk dekat dengan family.
Back to the my Story. Soo, tu la sekarang ni. Berfikir punya fikir, berdoa punya doa, membebel punya membebel akhirnya cik peika buat keputusan untuk KERJA !. Genapkan dua tahun berkerja, baru sambung for my degree in education ( vocational & technical ) . Tolong doakan cik peika yee. Cik peika siap buat draft My Future Plan. Kau ada? hihi. mesti la ada kan. Plan A & Plan B. Plan A peika tak menjadi, sebab itu peika pilih plan B. Iaitu berkerja. Mudah - mudahan pilihan peika ni betul & tepat ye.
Tapi kan korang, ada tapinya. Peika terfikir, if peika sambung belajar masa untuk 22 tahun, habis belajar 25 mcm tu. Habis bila nak kumpul duit? Bila nak kahwin? hihihihi. Yela, betul kan. Okey, sekurang - kurangnya kumpul duit. Bila? 4 tahun sambung belajar. Tapi kos cik peika nak ambik ni lepas grad je, ad future kan? Jangan lak lepas grad, susah nak dapat kerja, menangis tak sudah kang. hihi
Mana lah tau, tiba - tiba dapat offer kerja kat kerajaan, huh. Rezeki Allah tu, see indahnya perancangan Allah . Ni cerita kalau la kan. Kita mampu berusaha, berdoa & redha
And pasal jodoh, biarla dia datang sendiri kan ( memang la, takkan kita nak pergi jemput dekat Klia ) hahahaha. okey tak kelakar.
"wahai jodoh Cik Peika, awak ni kat mana sebenarnya ni. Kat depan mata saya ke? ke yang call / mesej saya? ke yang suka kacau saya macam saya ni dodol ( pinjam ayat orang ), ? kat mana pun awak ada, jaga diri baik - baik. Cuma nak cakap, saya tak pandai masak, terima saya seadanya x? hehehe. Datang la bila Allah izinkan, ucapkan la " will you married me " bila awak rasa saya layak jadi makmum awak. "
Before nak buat keputusan , lagi - lagi berkaitan dengan future kita. Make sure fikir betul - betul. Fikir sampai lembam, kudis, muntah, loya pun tak apa la. Sebab tak nak la menyesal di hari kemudian. Tanya hati, kita minat apa. Kita nak nak jadi seorang apa. Apa cita - cita aku. Make sure keputusan yang kau ambik, first bahagiakan diri kau, puaskan hati kau, yang penting tak susahkan parents .Dah buat keputusan, jangan patah balik, go on & berdoa.
Papepun, ini semua kita yang merancang. Allah yang akan tentukan. Macam peika cakap tadi. Tak dapat teruskan Plan A, Teruskan la dengan Plan B. Yang penting sentiasa kena mintak pentunjuk dari Allah SWT. Sesungguhnya racangan Allah lebih baik buat hamba - hambaNya.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment