Thursday, 30 June 2016

CARA KELUAR RUMAH

Assalamualaikum, 

Hallo Hallo Hallo, Disini Datin Shafika, kat sana siapa tu?? *eh eh, acah - acah artis pulak, overnya ! huhu

Bayderwei, Cik Peika nak membebel pasal ermm, ermm, haaaaaaa, okey, Cik Peika nak cerita " Cara Macam Mana Keluar Rumah ", i means bukan topik yang formal okey. Topik ni mengenai macam mana kita mintak izin nak keluar rumah untuk berjalan dengan kawan. Faham ark? * please, buat - buat faham ye if x faham. haha.

Youalls perasan tak, zaman sekarang, bila hari Sabtu je dekat shopping complex penuh / membanjiri dengan budak muda bawah umur. Ianya dikenali sebagai " BBNU ". Apa itu " BBNU " ??? . 
Okey jangan bagitahu sesiapa ye, nati anak muda kita baca artical ni, nati mereka bertindak keras terhadap Datin Shafika. BBNU tu, Budak Baru Nak Up... Up and dow shibilibi Up and Down lalalalala......

Seriosly, pergi je shopping complex hari Sabtu, korang akan nampak budak - budak je ramai. So apa yang pelik nya? Peliknya, yang keluar ni semua umur dalam lingkungan 8 tahun - 12 tahun. Kecik - kecik loteh je bila lalu sebelah Cik Peika. Kadang bila keluar hari sabtu, terasa macam rendah diri sangat. Because, semua kecik - kecik loteh, tiba - tiba si tinggi lampai mcm " Walak " jalan - jalan dekat shopping complex tu. hahaha. 

So cerita sekarang yang ingin Cik Peika sampaikan, macam mana mereka dapat izin dari parents nak keluar berjalan sedangkan mereka masih kecik and perlu ada bimbingan parents bila keluar. Kadang tengok mereka naik turun bas semata - mata nak pergi shopping complex, macam kecian pon ada & marah pun ada. Yela, sebab mereka still kecik lagi, terlalu bahaya bila keluar macam tu. Tapi itu la, macam mana parents mereka bagi mereka kebenaran / green light untuk mereka keluar. Yela, lain banyak family , banyak cara. Mereka percaya pada anak & sporting. 

Ikotkan pengalaman Cik Peika ni lak, nak tahu tak macam mana Cik Peika bila nak mintak izin dekat Big Boss bila nak keluar. Serius, sebelum nak buka mulut tu, jantung semua rasa nak tergugur & terkeluar. Apak pulak jenis garang & tegas. First step :

1) Mood
- Peika akan pastikan mood ayah baik, cool & happy. Kalau tengah moody, takkan nak cakap rite, sebelum cakap, dah cakap "NO ! ", hahaha.

2) Situasi
- Aik,situasi pun kena ambik kira jugak ke. haha. Of coz, Sebelum peika nak cakap dekat apak, peika akan tanya pendapat emak dulu. Mak just akan cakap, " jangan tanya masa mak ada ", hahaha. Sebab kalau tengah mood ayah moody, if mak ada, mak kena sekali, soo mak dah surrender awal - awal. kahkah. Jadi peika pun cari masa yang sesuai, macam abang and mak tak ada, baru peika akan berbual dengan ayah.

3)Alasan.
- Peika ingat lagi, first time peika keluar dengan kawan perempuan tingkatan 3/4 macam tu la. Itupun cakap nak beli barang sekolah dengan kawan. Tapi memang serius alasan tu. Tak tipu pun. Lain la kalau dating, hahaha. ( adik - adik jangan ikot, amaran keras haha ). 

So, kalau atas itu semua pass, baru la dapat green light from ayah. Lepas dapat green light, ada lagi step seterusnya. Dengar ceramah & kena interview  dulu. iaitu :

1) Pergi mana ?
2) Dengan siapa ?
3) Buat apa ?
4) Pukul berapa nak pergi ?
5) Balik jangan nak lambat - lambat 
6) Jangan pergi jauh - jauh
7) Nati apak hantar depan pintu, balik pun ambik depan pintu.

and etc......

So bila peika dapat keluar, peika ada limit. If keluar pukul 12 teghari / 1pm, kena balik before 4.30 pm. Paling lambat 5pm. Itu pun kalau dah lambat sangat, first mak peika yang akan call. Second mak jugak akan call. Kalau ayah dah call, peika just anwser " okey pa, nak balik dah ". hahaha. Punya la takut pada ayah .

Masa kecik dulu, memang susah sangat nak keluar, kadang kita rasa macam terkongkong sangat. Tapi itu lah tanggungjawab sebagai parents. Tanggungjawab besar besar sangat. Masa darah masih muda, darah remaja, memang nak memberontak je. Nak cuba sesuatu yang baru. Tengok kawan buat ini, nak jugak. Biasa la, bila dah bergaul kan. 

Itu semua satu pengalaman yang manis sebenarnya, selagi kita tak buat yang negatif la. Bila kita makin hari makin matang, lagi - lagi masa zaman universti & kolej, itu lagi mencabar. Macam - macam nak buat. Lagi - lagi overnight . Cik Peika sendiri penah overnight ( tolong jangan bagitahu sesiapa ). Kita rasa seronok bila lepak dengan kawan - kawan, bercerita, buat bising, pergi makan, karoake. Sebab kita fikir, benda itu takkan kekal. Sekali dalam hidup kita. Nati lepas kerja, masing - masing bila jumpa say Hye & Bye. betul tak? Tak ada punya lepak - lepak macam orang gila macam zaman belajar dulu.

Sebagai parents, memang tak bagi. Sebab mereka ialah " PERENTS " !, tak faham jugak? okey, nak lebih faham , one day dah jadi seorang mummy or daddy, baru tahu,. Masa tu, uoallss & i sendiri akan cakap " oh, patut laa mak n ayah tak bagi aku buat ini itu ". Simple. 

Alhamdulillah, Cik Peika makin besar and tinggi, ayah n mak , bagi sedikit peluang untuk keluar sampai malam. Itu pun, ada jugak soalan yang mereka tanya macam dekat atas tadi.  Cuma kali ni lain sikit, balik before 10.00pm. Paling lambat 10.30pm. Kali ni, mak yaang akan call dulu, then abang. Kalau dah ayah call tu, hmm faham - faham la. Balik dah kena marah. Ayah tak marah anak, tapi marah pada ibunya. So, anak dah dapat dosa dah. Nampak tak ? 

So pada adik - adik yang kat luar sana. Eyhh, no - no. Adik peika sendiri, bila scha baca bebelan akak ni, please take a note okey. Nati akak dah malas nak bebel - bebel, sebab anak muda tak suka kena membebel. Bila nak keluar, please take care of ur self. Tolong jaga diri. Nak keluar, mintak izin pada apak & mak dulu, & bab duit, tanya dekat abang dulu baru tanya akak. hahaha. Jaga maruah, aurat, solat & segalanya. Perempuan ni susah sikit nak jaga, lagi - lagi scha ni. Degil, keras kepala. hahaha. eyhh, padahal diri sendiri pun sama jugak. kahkah. 

Tapi bila ayah or mak tak bagi kita keluar ke, jangan memberontak, sebab mereka ada sebab tersendiri kenapa tak bagi kita keluar, gaul bebas & macam macam. Mereka tak nak kita jadi macam mereka. Nak tengok anak - anak jadi orang yang baik. Scha kita ingat satu ayat ni. Pathi ( nenek ) cakap dekat ayah & ayah cakap dekat abang & kakak. 

" TAK PANDAI PUN TAK APA, JANJI JADI SEORANG YANG BAIK "

until now, akak ingat ayat ni. Mybe kita tetap akan jadi nakal & buat perkara - perkara negatif, tapi cuba elakkan & cuba belajar berubah lebih baik setiap masa. In Shaa Allah. 

Tak apa, nati akan pasang spy dari jauh, perhatikan scha. Buat salah sikit, akak sampai depan mata. muahahaha !. okey tak kelakar. overnyaa akak ni.!

For the last one, Cik Peika cakap semua ikot pengalaman je. Tak ada maksudkan diri sesiapa.. & nasihat pun untuk adik sendiri, kalau boleh terima, ambik la sebagai nasihat kawan - kawan . okey?

dah la, nak buat kerja la. nati boss masuk. okey bye. 

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment