Kalau BerCinta, mesti ada Perpisahan. Bila dah berpisah, kalau Allah izinkan kita untuk bersama, kita akan bercinta balik. ( wei, pembuka kata aku macam tak best je, bedal je la. haha )
Kita manusia, mesti ada " PERASAAN ". Macam - macam perasaan. Sedangkan haiwan pun ada perasaan, lagi la manusia yang terlalu banyak mengejar kekayaan di dunia. okey itu topik lain.
Now, kita bercerita mengenai " PerPisahan ". Semua orang benci " Per.. Pi..Sah.. An ", betul tak?
Lagi - lagi yang sedang hangat bercinta. Bila pakwe dia cakap " u, i nak pergi london ni dengan family. tak boleh contact selalu, sebab nak spent time dengan family, tak apa kan ? "
Perempuan automatik jadi lemah, terus fikir macam - macam and tanya macam - macam. Bila balik? Pergi bila? Dengan siapa lagi pergi? Pergi sana jangan menggatal ! and bla bla bla..
Lelaki pun steady je, " okey, okey, okey, nati i balik belikan u coklat okey ". Simple je lelaki jawab.
Padahal kau tak tahu, awek kau tengah sedih and menangis bawah katil ! ( itu kalau awek yang terlebih dos ) Rileks la, baru tak jumpa sebulan kot, sebulan gais! Kau rasa? hmm, biasa - biasa je.
Habis kalau dah putus cinta, boleh je tak jumpa? Siap block insta! block fb! block wassup! block segala - galanya, siap block hati sendir and set on our mind " Markonah Binti Sameon " di larang masuk dalam hidup aku ! Dengar je nama dia, kita stress. Nampak je muka dia kita jadi rimas. Dah tak sayang katanya gais.
Itu la bezanya antara Bercinta & Berpisah.
Masing - masing ada sebab yang tertentu kenapa mereka berpisah. Kenapa dah tak couple lagi.
Kawan - kawan sekeliling kita semua tanya, kenapa wei, kenapa. Kau okey tak. Dia ada awek / pakwe lain ke. Kita nak jawab soalan kawan tu, tapi tak sampai hati. Sebab? Kita tahu dia salah, dia tinggalkan kita, bila kita bagitahu orang lain seolah - olah macam kita burukan ex kita. Pernah tak rasa macam itu? Pernah kan. Walaupun kita rasa marah, sedih, kecewa, tapi hati tetap nak respect pada si dia sebab dia pernah bahagiakan kita dulu. Cuma kita terlalu KECEWA ! Thats All !
Itu aku cakap, masing - masing ada sebab and cara tersendiri. Aku tak tahu cara orang lain macam mana, cuma kita kena respect perasaan orang lain.
Selepas BerPisah, ofcoz kita akan meroyan. Sedih sampai makan pun tak lalu. Padahal perut dah bunyi ni, krogk krogk dari pagi. Kalau sedih nak mampus, mana boleh nak makan kan. Jadi kita pun puasa. Air, rokok, vape semua tu kita tak puasa.
Ada seorang budak perempuan ni. Dia bercinta dengan seorang lelaki ni. Kebetulan sama kelas. 3tahun bercinta. Dalam masa 3 tahun tu, mereka dah pernah berpisah sekali. Ada la sebab - sebab nya. Perempuan tu pun tak bagitahu kawan - kawan dia. Kawan baik and kawan sebilik pun tak bagitahu. Sedangkan semuanya satu kelas. Lama kelamaan, perempuan tu pun bagitahu kawan rapat dia.
Dalam masa 3 tahun bercinta, macam - macam dugaan pasangan ni hadapi. Asik bergaduh, kadang gaduh sebab orang ketiga yang tak respect pada hubungan mereka. Bertambah, sikap melayan wujud. ( Harap Faham )hehe .
Semua pahit perempuan ni telan, pahit sepahit mana pun perempuan ni telan. Tapi dia tetap gembira sebab " Dia pernah bahagiakan aku ", walaupun tak semanis yang dia harapkan. Masing - masing tahu perangai pasangan mereka. Cara mereka bercinta, kita yang kena terima dengan seadanya. Saling melengkapkan.
Perempuan ni dah pasang niat, " aku nak dia jadi suami aku & aku nak kahwin dengan dia ", jadi segala kekurangan, kelemahan semua dia cerita pada si lelaki ini. Ini sebab, dia nak tengok lelaki ni boleh tak terima perempuan ni dengan seadanya. Tapi Alhamdulillah dia terima perempuan ni sedaanya.
Lama - kelemaan selepas tamat pengajian, masing - masing dah balik kg, mula la conflik antara mereka berlaku. Konflik itu berlaku dalam sebulan sampai mereka putus untuk kali kedua.
Yang Fakta :
Perempuan itu langsung tak menagis bila lelaki tu cakap " kita rasa baik kita putus ". Perempuan itu dengan tenang cakap, " kenapa? ". lelaki itu cakap " yela, awak asyik komplain, asyik ungkit, asik tanya bukan - bukan ".. Perempuan itu cakap " salah ke kalau saya ajak awak berbincang?, kenapa awak mesti maksudkan saya ungkit, complain? "
lelaki tu bagi alasan yang sama, and terus pergi dari hidup dia. Perempuan tu bodoh! sebab? sebab dia tak menagis, tak marah, tak mengadu kat sesiapa, and pendam seorang diri. Untuk kali pertama, dia putus cinta, tak bagitahu emak dia. Sebab dia tahu, kalau dia mengadu pada mak dia, dia akan nagis, and emak dia akan menagis sekali. Sebelum ni, mak dia pernah menangis melihat anak dia putus cinta. Dia tak nak tengok mak dia menagis sebab anak dia lagi.
Awal perpisahan, tiba je waktu malam, dia akan fikir, and teringat kata - kata lelaki itu and ap yang dia ungkap pada perempuan tu. Dia akan menangis, tapi..... tapi dia akan cepat - cepat lap mata and cakap dalam hati " kau ni gila ke apa, xyah nagis boleh! ".. dia terus tidur... Pernah sekali dia masuk dalam toilet, and menagis sekuat hati tanpa suara. Meraung nagis sebab sedih yang terlampau and hati dia sakit sebab pendam. Dia akan menagis masa dalam toilet. Sebab dia takut mak dia perasan kalau mata merah. Kalau keluar dari tandas, mata merah boleh bagi alasan " mata kena sabun ". hihihi.................
Perempuan tu pun cuba menjadi plastik bila berhadapan dengan family and friends. Dia langsung tak nak sesiapa tahu dia tengah sedih. Tapi bila dekat moment dia akan update status agak sedih. Jadi melalui status moment, member perempuan tu dah syak. Something wrong with her. Jadi kawan - kawan dia pun mesej , " hey, kenapa ni? sedih je moments awak? ", " hey are you okey ?", and macam - macam member perempuan tu tanya. Dia just jawab , " hey, i okey la, dont worry "
Lama - kelamaan, dia dah cuba lupakan semua kenangan bersama si lelaki itu. Mesej - mesej yang tak pernah dia padam, sekelip mata semuanya hilang. Unfriend on fb. Delete contact on wechat. Dia rasa ini yang terbaik bagi dia and si lelaki tu.
Dia pun mula berkawan dengan semua lelaki, hilangkan rasa sedih dia. Walaupun perempuan tu masih sedih & berlakun like nothis happen, dia kuatkan hati untuk family & friend. Kadang terfikir nak je pakai nombor baru, and lost contact dengan semua orang termasuk friend dia. Sebab dia tak nak contact dengan sesiapa yang ada kaitan dengan si lelaki tu. Kecuali family. Tapi, tak boleh. Dia just fikir, buat apa aku nak lost contct dengan friend sbb lelaki tu. So kebudak - budakkan. Pengalaman mematangkan kita lagi.betul kan?
Dah berapa bulan kemudia, dia baru cakap dengan best friend dia, apa yang terjadi antara dia dengan ex. A- Z !. perempuan tu cuma pegang kata - kata kawan dia. " kalau dia kembali balik, kau jangan terima. Sebab Allah sengaja menguji kita sebab Allah nak tengok kita ada pendirian yang tetap atau tak bila dia kembali. Allah sengaja menguji kau sebab dia nal tengok kau kuat atau tak? faham ke tak ? " Memeber dia dah emotional. Sebab hanya member dia seorang ni je tahu macam mana perasaan perempuan ni. Menagis, melolok,and everything!
Perempuan tu pun cerita pada member - member rapat dia dalam kelas dulu. Apa yang terjadi, macam mana semua dengan terus terang. Tapi dengan niat, bukan nak burukan ex dia, dia cuma nak kawan dia tahu perasaan dia macam mana time putus tu sebab lelaki tu dia dah pergi tanpa fikir kan perasaan perempuan tu.....................
Kadang - kadang mak dia tanya pasal lelaki tu dekat anak dia, dia just jawab " okey je ", " ada je mesej, sebagai kawan je sebab dah jauh kan, tak nak la terlalu berharap " ( ayat cover line )
mak dia dah pandang semacam pelik dekat anak dia.
Perbualan antara mak dia and dia :
"
mak, nak tahu tak, sebenarnya kan, saya dengan dia dah tak ada pape. Dia dah tak nak saya lagi "
" kenapa ? "
" entah la, sebab,,, ( mata perempuan tu dah merah ) . sebab entah la, dia cakap saya asyik komplain, ungkit, padahal saya tak maksudkan pun. Kadang dia mesej lambat, saya tunggu walaupun dah pukul 12 / 1 pagi. Bila dia mesej 1/2 mesej, terus ajak tidur. Bila saya nak ajak berbual dia cakap penat, esok la. Pernah sekali, sebulan dia langsung tak call saya. Bila saya call, dia cakap nati la, nati la. Saya pun tunggu dia call. Tapi tak call balik. Mak, saya tak kisah pun kalau tak mesej, sekurang - kurangnya call pun jadi la. Bila saya ajak berbual, nak luahkan perasaan, dia cakap saya ungkit, complain. Last - last dia mintak putus. Mak nak tahu tak, saya dah cuba masuk dalam hidup dia. Dah terima segala kekurangan dia. Faham keadaan dia, segala pahit saya terima. Tapi dia tak faham apa yang saya nak. ...( nagis ) "
" Dah la dik, nak buat macam mana, dia dah x nak adik. Tak apa la "
" tu la, tak apa la mak, saya pun dah terbiasa. Saya okey je, biar la dia. Tapi saya tak marah pun. Mak nak tahu tak, selamani saya kawan dengan dia 3 tahun, sikit pun saya tak pernah menyesal kawan dengan dia walaupun dia sakitkan hati saya ke. Bila dia dengan kawan baik dia bermesra pun saya telah walaupun pahit. Tapi saya tetap respect dia sebab dia bahagiakan saya dulu. Dia caring, jaga semua tentang saya. Macam mana susah pun dia gembirakan saya. Kan orang kata, bila kita tengah benci dia, ingat pengorbanan dia. Jadi macam tu la mak. hihi "
" tak apa la, adik sekarang focus dulu pada future, nati jodoh semua datang sendiri "
" a' ah mak, dah la eyh. mak tu, tak payah la sedih. haha "
" The End "
Aku buat cerita ni bukan nak cakap keburukan sesiapa pun. Cuma aku nak cakap, walaupun hubungan korang putus, please respect each other. Lagi - lagi orang yang mintak putus tu, wajib respect dengan keputusan dia sendiri. Kau dah la mintak putus, lepas tu belah. Tiba - tiba muncul balik. Kau ingat nak lupakan kau ni, senang macam tekan butang " BACKSPACE " / " DELETE " ??
Lupakan seseorang adalah perkara paling melemahkan jiwa raga kita. Kau kena termenung, kau kena sedih, kau kena nagis dalam hati. Yang paling tak best, kau kena berrplastik bila berhadapan dengan family & friend!. Ingat senang ke huh. Susah bro, susah !!! Kau senang je belah, aku ni terseksa.
Huh nampak tak emosi di sana.
For Dear Ex,
Please respect dengan keputusan kau. Bila kau dah mintak putus , memang dia akan marah and automatik benci kau. Tapi dalam benci tu, ada rindu & sayang. Jadi bila kau dah cakap kata putus, leave dia keseorang. Jangan kembali balik kecuali dengan izin Allah SWT. Kau cuma bagi dia ruang. Memang kau akan kembali! sebab apa? sebesalah kan? tak patut tinggalkan kan? Setiap manusia akan menyesal dengan keputusan bodoh dia. Itu je. KARMA.
Ini 2015, macam - macam lagi nak face up. Tak boleh kolot. Dah belah, just go on with ur choice. Tak payah la kembali balik untuk celarukan keadaan. Kau dah cakap " kita putus " je, keadaan dah huru hara. Kau kembali balik, seoalah - olah bagi " bom atom " dalam hidup bekas pasangan kau.
Sebagai member, tolong respect padan kawan - kawan yang dah putus. Lagi - lagi kalau yang sekelas, sepejabat. Bagi je nasihat kalau mereka sedih. Tak payah huru hara kan keadaan sampai ubahkan hati si mintak putus tu. okey?
Pengajaran yg aku dapat,
Allah SWT sengaja nak menguji kekuatan kau. Dia tahu kau mampu tuk hadapinya. Sebab tu, dia uji uji dan terus menguji kau. Dia nak kau bertaubat . Allah rindu tangisan kita. Allah rindu kau. Allah nak kau bertaubat. Selepas kau kecewa, kau perlu bertaubat. Sentiasa dekat kan diri dengan Allah. Cerita pada Allah yang kau tengah sedih. Kau tengah terseksa. Yang wajib ialah, kau perlu redha. Bila kau redha hidup kau akan tenang.Think positif. Kau cakap dalam hati aku "
wow, aku dah single now. jadi aku bebas. nak keluar dengan sesiapa pun tak ada orang halang, tak ada orang marah. tak ada orang cemburu, bebas gais bebas. " Bila kau happy dengan ur new life, ex kau automatik akan cemburu pada kau. Dia rasa nak stalk gerak geri kau.
Apa kau buat, dengan siapa kau makan, dengan siapa kau keluar. Kalau boleh kau pergi toilet bila pun dia nak siasat. hahaha. okey tak lawak.krik krikk.
Jadi satu je jalan yang mudah. Lupakan kisah lama, dekatkan diri kepada Allah swt, bahagiakan diri sendiri & keluarga. Dah jangan lupa cari pengganti untuk jadikan isteri / suami. Amin !
Tapi kalau memang dah jodoh, tak boleh buat apa. kau putus bertahun - tahun, kalau Allah hendaki, Allah akan satukan korang balik. Cuma berdoa. Rancang. and Allah akan tentukan. Allah lebih tahu kemampuan kita and mana yang terbaik untuk kita.
*tak ada kena mengena dengan yang hidup / mati
*jika terasa mintak maaf
( Aku buat blog ni sebab aku ada adik perempuan, akau tak nak dia sedih macam mana aku sedih, aku tak nak dia dengan bebelan aku, dan aku nak dia baca sendiri apa yang aku wasiatkan pada dia. Kalau dia tetap nak bercinta, its okey, boleh. Tapi aku akan pasang spy mission impossible. Gerak geri dia sentiasa aku tahu, hahaha. okey bye )
Assalamualaikum