Saturday, 15 August 2015

Pembuka Kata

Assalamualaikum,

Hye, kenal tak siapa saya? saya lah pemilik blog " peikapunyabelog.blogspot.com " . Mesti korang tertanya kan, kenapa lah budak ni banyak sangat blog atau kalau yang dah menyampah dengan saya, mesti cakap " dia ni lagi, ayat dah lah kelam kabut, mengarut je la blog dia ni, malas aku nak layan ?".  ada tak ? Yang ada tu, sorry la guys. Saya ni budak baru nak belajar tentang dunia blog ni.
Masa saya memperkembangkan blog saya " peikapunyabelog.blogspot.com " tu, saya masih budak mentah. Masih sedang mempelajari macam mana nak memperindahkan suasana blog, menlawakan blog dengan blink - blink. Ada lagu tau, sampai asik kerja nak menukar lagu je setiap kali buka blog. Ini sebab #excitedoverdoss blog aku cantik gila nyah.

Blog lama tu semua cerita mengenai percintaan dan kawan. Ada yang sudi membaca setiap kali saya update walaupun ayat jalanan je. Thanks You So Much. Saya terlalu menghargai. Kalau boleh, nak jumpa semua pembaca setia blog saya. #ayatmintakpenyepakk & #lempangdirisendiri. Saya bergurau je awak semua. haha . Blog tu saya tak akan padam sebab saya akan buat kenangan & bagi cucu cicit saya baca. Biar mereka tahu betapa indahnya hidup nenek / nenek moyang dia ni hidup dulu. 

Reason why buat second blog ? Actually nak jugak ada blog matang sikit lepas dah masuk umur 20an ni. Yang lama tu, kurang matang. Ayat jalanan lagi kan. For this blog, hakak nak formal giytuuhh yerk. Sebelum ni mana ada butang options macam blog baru ni kan. Lagi la bertambah #excitedoverdoss . Nampak cantik kan. Ni puji blog sendiri nampak, tak geti malu ek kau ni peika. aduh. Kalau boleh nak tengok blog saya, by lappy ye. Sebab if guna hp, awak semua tak nampak suasana blog saya ni. Susah - susah buat tau. hikhukhikhuk.

Saya tahu, saya tidak akan mendapat banyak followers. Peika just letak preview. Kalau ramai, Alhamdulillah, ada jugak yang sudi membaca yek. Blog Jalanan, mana ada followers. Lantak la ye.haha .Dalam blog ni jugak, nak share benda - benda yang positif, apa yang berlaku in my life, nasihat - nasihat biasa for anak muda zaman sekarang & nasihat untuk diri sendiri jugak. Nasihat bukan untuk anak muda je, nasihat itu perlu untuk seorang manusia sehingga ke akhir hayat dia. Mean, dah tua pun nasihat dari seseorang sangat diperlukan. Ye dak? Jadi sama - sama nasihat, sama - sama bahagia. Lagi satu, sesiapa sahaja boleh la bagi nasihat kat saya, saya sudi membaca. 

Tersalah silap, ampun maaf dipinta, harap dimaafkan. Mudah - mudahan hidup sentiasa diberkati olehNya. Amin.

2 comments: