Wednesday, 21 December 2016

Kepuasan Diri Bab ll

Assalamualaikum.





Today nak cerita pasal apa ek, erm kita membebel je la apa yang patut. Nak tanya, uolss semua kumpul duit start bila? Means, dah start kerja terus kumpul duit ke, atau sebulan and dua bulan enjoy baru fikir nak kumpul duit ? Saja je nak tanya, bukan nak busy body. Sebab peika pun nak share kisah peika mcm mana pulak kan.

Masa dulu time belajar, kita selalu cakap. Bila nak habis zaman study ni. Tak sabar nak kerja. Kata - kata tu keluar time kita stress dengan assign, report, final and etc. Tapi ada jugak yang memang nak habis cepat, sebab dah buntu sangat dengan kerja - kerja time study. Lagi - lagi time final, masa tu la kepala otak semua kena cuci, bagi fresh, study siang malam subuh, sampai x cukup tidur. Peika cerita pun sebab peika pernah study kan. Dulu pun peika cakap, " bila nak habis, dah tak dah face payper2 ni semua. ", setiap orang macam tu kan. So itu before kerja la.

Zaman nak masuk alam pekerjaa. Berazam, first gaji nak bayar segala comitment, first PTPTN laa, itu comitment paling penting broo. haha. Then comitment personal. First gaji dapat on hand je, apa kita nak buat ek. kita beli something la. Ni kan gaji pertama, kena nampak sikit. Itu reality nya laa, sebab peika pun alami benda yang sama. hahahahahah. Okey x kelakar. 

Ikotkan pengalaman peika, setahun peika kerja, peika x fikir pun " aku akan kumpul duit untuk future ", tak menafikan memang ada jugak berazam macam tu. Setiap kali before nak keluar gaji, selalu cakap dengan mak " mak, bulan ni dapat gaji saya nak simpan la, nak kumpul duit ". Tapi itu semua munafikk semata - mata. Sebab gua x kumpul pon. hahaha. First dah ada comitment, second pergi jalan2, syhaitonn selalu menghasut untuk shopping. Lagi2 gaji starting memang cukup - cukup makan. Melainkan first gaji kau dah dapat gaji RM 2k++. Itu lain cerita laa, ini cerita insan - insan yang baru nak hidup dengan gaji RM1500. 

Ikotkan pengalamn peika, first gaji memang belanja family makan, beli untuk diri sndiri. Then bila kau datang dari family yang tak pegang motor, kau kena la beli kereta sebiji untuk keperluan harian. Kan ? Macam peika, peika memang x ad kereta. Selama beberapa bulan, peika pergi kerja & balik kerja  , mak yang selalu hantar & ambik. Sampai satu tahap, dah rasa kecian tengok mak. Jadi buat la Loan kereta. Alhamdulillah, dapat beli kereta sebiji. Ada jugak member cakap, " kenapa beli kereta dulu, sepatutnya beli rumah dulu and bla bla bla ". Peika jawab dalam hati, " kau cuba duduk dalam hidup aku, baru kau tahu aku kena beli kereta / tak ". Biasa la, manusia mudah judge orang. Kita redha.

Then lepas dah ada comitment bagai, peika still belum fikir nak kumpul duit dengan series. Peika start kerja tetap bulan 4/2015. Lepas beberapa bulan kerja, peika selalu pergi jalan. Turun johor la, turun kl la. Pergi Krabi la. Sedangkan kawan2 lain semua tengah duk kumpul duit. Tipu laa kalau saya tak risau sebab tak kumpul duit. Rasa nak nagis pun ada. Tapi dah mcm tu pun, perangai x berubah jugak. Sampai member cakap, " kau ni kumpul duit ke tak??, asyik berjalan jeee ekk ". Teguran nasihat dari kawan baik. hahaha. Peika jawab " alaa, nati la kumpul duit, sebab belum terasa nak kumpul duit laa ". Kawan buat muka pelik. hahaha

Jadi kat sini, selama 1tahun lebih peika dah ikot amalan syhaitoonn, membazir duit, shoping sana sini, berjalan sana sini, now hati dah terbuka luas & terasa nak taubat untuk kumpul duit. Dengan boss dah naikkan gaji, alhamdulillah, baru rasa mcm bertanggungjwb sikit. hahahaha.

Untuk peika, tak salah pun nak laburkan duit dengan beli apa yang kita suka. Kita kerja, kita dapat duit. Mak cakap, nak beli apa, beli. Sebab pakai duit sendiri.Gaji dari titik peluh sendiri, beli & buat sesuatu untuk kepuasan diri. Janji jangan lupa bagi mak ayah and adik beradik rasa gaji titik peluh kita. Walaupun x dapat bgi duit, belikan barang / hadiah pun dah rasa kepuasan tau. 

Tak semestinya, kita kerja, terus kena kumpul duit sampai kita nak beli apa2pun tak dapat. Bukan macam tu maksud peika. And bukan juga maksud peika, dapat gaji boros habis. Sampai tak ada duit kat tangan. Belanja, belanja. Simpan, simpan. Macam peika, peika dah setahun keluarkan duit untuk buat apa yang peika nak, beli baju, beli kasut, pergi jalan sana sini, belanja kawan, and etc.

Now, nak masuk 2017, baru sedar diri bahawa " aku dah kena kumpul duit dengan betul betul series  ", hahahaha.. Tolong la percaya, tolong laa. hahaha.Yang kawan2 saya baca, tolong la percaya. haha.

Hari tu baru buat list comitment, yang penting.....


1) Kereta
2) Parents
3) Ptptn
4) Insuran
5) Simpanan adik
6) Wedding Planner ( early preparation )

See, mana taknya risau banyak sangat komitment... Haa belum lagi beli rumah. Omaigodd. hahahaha. Rileks2, jangan la bergelabah. Allah sentiasa ada dengan kita. Allah akan aturkan yang terbaik buat kita. Yang penting yakin and percaya.

Dah kerja ni, banyak sangat dugaan, banyak sangat comitment. Nak fikir pasal bayar ptptn. Itu je dah memeningkan kepala.. Ohhhh, masa first ptptn dapat, beli enpon Sony tak pening pulak ekkkk #sedardiri hahahahaha. 

Makin lama, hidup makin mencabar. Status Single ni je dah macam status married tauu, Ni kan pulak status Married. Haa. Fikir2 lak. 

Kadang peika bagitahu mak, " mak, nati saya dah kahwin, saya tak nak la ajar anak2 saya tengok astro, tido dengan airkond, simple2 je ". Mak jawab " nati anak2 kau jadi jakun baru tahu "......
i be like.... " mata terbeliak, mulut tengaga " huhuhu.

Jadi sekarang yang masih single and acvaible ni,,,, eyh2, tertambah lak. huhu. i means, masih bujang ni, rasanya kena pandai bercermat, pandai belanja, tahu mana bazir and mana tak membazir. Jangan ikot peika, nati kelaut jawabnya. hahaha

Sekarang ni, peika kira2, tinggal berapa hari je lagi nak masuk Tahun 2017, masuk je tahun 2017, peika dah tak boleh nak belanja sesuaka hati. Nafsu kena kawan 100% beb. Pergi mall, kena pakai sunglass. Mana tahu boleh kurangkan nafsu shopping. Baru tahu la, yang pergi mall pakai sunglass ni semua sebabnya ialah nak elak daripada shopping. Lagi2 lelaki, sebab tu dia x shoping ekk. hahahaha. okey tak kelakar punn. hmmm

Semoga kita jadi seorang yang pandai menggunakan duit,tak boros, tak ikot nafsu sangat. Yang penting, dapat gaji jangan lupa bagi parents rasa, baru gaji kita diberkati. Amin.

*Nasihat untuk diri sendiri, tak ada kena mengena dengan orang lain.

The End




Monday, 19 December 2016

Niat Baik, Tetapi Salah Diertikan

Assalamualaiku,

Kadang hidup penuh dengan, kadang hidup penuh dengan kegembiraan. Manusia mana nak hidup dia diduga dengan perkara - perkara pahit. Tetapi Allah Maha Adil. Allah akan bagi umatnya untuk rasa macam mana itu rasanya Pahit dan Rasany bagaiman kemanisan dalam hidup.

First, setiap manusia apabila nak buat sesuatu ada niat tersendiri. Kadang niat dia baik, tetapi untuk pihak lain nampak buruk. Jadi kat sana jadi satu persoalan. Macam man aku nak buat ni ? Apa benda yang aku nak cakap ? Macam mana aku nak buat keputusan ? Walaupun aku tahu apa yang aku buat ni akan menyakitkan hati pihak lain. Masa itu kita hamba yang lemah, kena menghadap Allah untuk mintak pendapat. Merayu and menangis pada Allah, cerita pada Allah apa niat kita sebenarnya. Aapa yang kita nak buat ni untuk kebaikkan siapa ? Jika siang malam dah berdoa, merayu, menangis depan Allah. Jika benda itu berlaku, maka memang dah tertulis maka jadi lah. Walaupun selepas terjadi perkara tersebut, ada pihak sebelah sakit hati. Janji Allah tahu nawaitu kita apa. 

Cerita pada Allah dulu, baru bertindak. Kadang aku juga selalu diuji. Percintaan, Keluarga, Sahabat. Kadang semua muncul dalam satu masa. Masa tu la, Allah betul - betul menguji diri kita. Samada kita kuat ataupun mengeluh. 

Aku sedar, aku bukan manusia yang sempurna. Aku tak pernah berharap untuk jadi sempurna pada mata orang. Tapi cukup la sempurna untuk diri sendiri walaupun tahu diri x sempurna. 

Aku sedar juga bahawa aku sentiasa buat salah, buat suatu perkara penuh dengan kesalahan, sehingga orang marah kita

Aku sedar juga, yang aku selalu menyakiti orang lain, aku terlalu menyakitkan hati orang lain sehingga semua orang berjauhan dengan aku. 

Tetapi, mereka x tahu niat sebenar aku. Mereka tak tahu kenapa aku buat macam itu. Sedangkan Allah sahaja yang tahu apa yang kita buat berserta dengan nawaitu.

Aku tidak berniat nak menyakitkan hati sesiapa pun, sedangkan aku sendiri tidak suka disakiti. 

Aku tahu, satu hari ada masanya Allah akan menguji aku dengan kehilangan orang yang aku sayang, orang yang aku cinta dan sahabat2 aku sendiri.

Aku yakin, masa itu aku terasa diri aku terlalu lemah, orang akan abaikan aku, orang dah tak nak dengar apa yang aku nak cakap dan paling sedih apabila semua orang dah tak nak percayakan kau lagi.

Now, itu yang berlaku dalam hidup aku.

Aku tahu, Allah sengaja menguji aku dengan kehilangan. Aku tahu ini semua sementara. Dan aku yakin Allah akan pulangkan orang - orang yang aku sayangkn satu hari nati. Walaupun kemanisan itu tak semanis kali pertama. 

Semoga, Allah berika kita semua kekuatan untuk menempuhi segala suka dan duka. Amin.


The End

Sunday, 18 December 2016

KEPUASAN DIRI

Assalamualaikum.

Wah, dah lama saya tak update blog ni. Sejak menjak ni, busy sangat la. Nak buka laptop pon dah tak ada masa sebenarnya. Act, laptop rosak. hahahaha. Ok, tak kelakar kan.
Macam - macam nak membebel ni sebenarnya, ni peika update pon dekat ofis, jangan bagitahu boss saya tau. hehehe. Masa lunch ni, peika update la, bukan time kerja okey.

Btw, korang apa khabar, sihat tak? Sekarang tengah buat apa, kerja ke atau masih study. Yang dah kerja tu taniah, bagi yang masih belajar tu taniah jugak sebab sentiasa sabar dengan dugaan ketika belajar and sedang merempuh dugaan untuk tamatkan pengajian tu. Macam pelik je ayat aku. haha.

Shafika pulak? oket alhamdulillah sihat, khabar saya alhamdulillah baik. Kadang - kadang ada dugaan, tapi itu semua mengindahkan kehidupankan kita sebenarnya. Masa stress la kita rasa " aduh, pehal laa benda2 ni semua jadi kat aku ", stress gila vavi sampai tarik rambut. Ada tak stress sampai mcm tu sekali ? If ada, bawak mengucap, tarik nafas dalam2 and hembus kat lubang jamban, then flash.

Nak ceritakan mengenai peika sejak menjak kebelakangan ni, tak ada pun yg menarik sebenarnya. But cuma rasa ingin share apa yg peika fikir, peika rasa, peika alami, and semuala. But, personal tu xad la. Ni just umum jee.

Peika jujur, sejak peika rasa kecewa dalam satu kenangan yang pahit tu, peika rasa bersyukur atas apa yg terjadi. Peika baru tahu, apa yg berlaku hari tu, hari ini sangat mengembirakan and menenangkan diri. Kenangan lama tu, buat diri peika lebih kuat, berani, tegas, and cuba nak buat sesuatu yg tak fikir nak buat before ni. Benda positif tau. huhu.

First, alhamdulillah peika berani untuk menonjolkan diri untuk pergi casting modelling. Act, serius memang tak yakin dengan diri sendiri. Then, tanya pendapat emak, ayah, abang, kawan. Semua support 100%. Masa pergi pon memang main terjah jee, dapat / tak dapat belakang cerita janji kita dapat pengalaman casting tu macam mana. Alhamdulillah lagi sakali sebab peika terpilih untuk jadi member of one modelling organization @ Melaka. Walaupun diri ini sedar tak sehebat Amber Chia, peika bersyukur sangat sebab Manager tu beri peika peluang untuk jadi anak2 buah dia. hehehe

Second, Alhamdulillah lagi sebab peika jadi owner of Lola The De' Party. Apakah benda alah Lola tu ekk ?? Lola The De' Party tu ialah syarikat event planner yg comel loteh yg tak ada pekerja . Semuanya Sendirian Berhad. haha. Means, peikaa buat event planner ni secara solo. Macam mana terdetik nak buat bisness ni semua ? Peika memang suka sangat buat bouquet2 coklat & ross. Kadang berangan ada tak orang akan bagi aku surprise mcm ni semua. Tapi diri ini sedar jugak yg saya tak layak menerimanya, tetapi layak untuk memberi kepada orang. Dalam masa yang sama, peika jujur kerja satu tempat je memang tak cukup, macam peika ni gaji sikit je and lepas la untuk bayar segala comitment yg ada. Bersyukur, bukan tak bersyukur okey. Tapi kadang rasa bila pertengahan bulan, duit macam makin berkurangan. Nak mintak mak ayah, dah rasa mcm malu nak mintak. Sebab kita dah berkerja, takkan masih lagi nak mintak mak ayah. Series, masa awal2 before mula bisness ni, ada je selalu mintak ayah. kadang kalau tak mintak sebab dah malu sangat, ayah sendiri akan tanya setiap kali pergi kerja " baik2 pergi kerja, ada duit tak ? ". Tak pernah miss ayat dia tu until now. Kadang cakap ada, tapi sebenarnya tak ada. Yela, sis malu laa nak mintak je kan.Walaupun ayah kita sendiri. 
Then kadang peika keluar sorang2, spent time untuk diri, termenung sambil fikir. " aku kena buat something supaya aku boleh bagi duit untuk parents walaupun pertengahan bulan / tiba2 mak ayah cakap nak guna duit ", So terfikir, jom la buat bisness yang aku minat. Jadi tubuhla LTDP. Apa yang peika buat, semuanya nak puaskan diri, bila orang dapat bouquet tu, dieorang rasa happy. So itu yg best. Rasa kepuasan dia macam nak terjun bangunan. hahahaha. wuekk. First delivery peika, peika jujur yg peika memang rugi and xad untung sehingga peika sendiri keluarkan duit. Dari situ peika baiki apa yg tak betul, apa yang kurang, apa yang tak kena. Supaya benda tu jadi sempurna & puas dimata orang. Bila nak buat perniagaan ni, ada beberapa perkara yang peika selalu remind :

1) Apa niat kau mulakan bisness ni ?
2) Jangan ada riba dalam perniagaan.
3) Dalam bab makanan, jangan sesekali amik untung, sebab makanan masuk dalam perut orang. 
4) Buat sesuatu dengan niat nak tolong orang.
5) Sentiasa memberi walaupun kau sendiri tak cukup duit, bagi sikit pon xapa la. Janji memberi.

Itu yang peika selalu remind untuk diri peika. Peika bagitahu ni semua bukan untuk menunjuk2, riak, belajak. Niat cuma nak share dengan orang je. Boleh kan3?? Jangan la marah kalau tak suka baca blog saya, nati saya sedih. ;(. Alhamdulillah, apa yang peika buat sekarang semua, hanya untuk suka2 je. Bila orang tanya, peika jawab benda yg sama " buat untuk suka2 ".







 Third, ialah peika tengah memikirkan sesuatu untuk membuat sesuatu supaya yg sesuatu itu menjadi kenyataan suatu hari nati. hahahahah. Amin.

Jadi apa yg peika cakap ni, just niat nak share jee. Jangan la marah if awak tak suka okey. Yang penting solat 5 waktu jangan pernah lupa. Solat sunat Dhuha jangan lupa & solat Taubat jangan lupa jugak. Terima kasih pada yang penah hadir dalam hidup dan pergi untuk meninggalkan diri ini. Terima kasih jugak keran awak saya kuat hari ni. Muach tak ikhlas sikit. hahaha, kang ikhlas lain pulak jadinya, huhuhu. Jangan pernah salahkan atau benci pada orang yg penah hadir dalam hidup kita jika dia memilih untuk pergi. Kdang diri sendiri ada buat salah, kan3.  Maka redha la apa yang berlaku dalam hidup kita walaupun dia pahit macam kopi. ermm

Assalamulaikum.