Wednesday, 21 June 2017

I'M BACK !

Assalamualaikum !

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat mu ya Allah, kerana telah mengembalikan blog saya yang tak berapa nak famous tapi tuan blog ni famous. Kah Kah Kah !

Antara faktor utama saya kenapa lama tak update adalah kerana, disebabkan dan punca nya ialah, MALAS !  Lagi satu lappy rosak babe, lappy dah inalillah. Macam mana nak update kalau rajin tapi tak ada lappy ? Tell me !


Korang mesti rindu Shafika Shafiq ni kan? Meh sini akak payung satu gambar HEHE






Apamacam, ada gaya - gaya datin celup tak ?kah ( okey tak kelakar ). Oh, asyik cerita pasal peika je ? Korang macam mana ? sihat tak ? peika tanya pun, korang bukan jawab kan. haha. Harap - harap korang selalu sihat, bahagia dengan yang tersayang & tercinta, dan peika selalu doakan yang baik - baik untuk korang. In Shaa Allah, amin.


Oh, raya dah nak dekat an. Lagi 3 hari je ! Dah beli baju raya ? beli kuih ? beli makeup2 ? Peika ?
Tahun ni memang simple habis, guna baju kurung yang baru pakai 2 ke 3 kali time tunang abang, hujung tahun lepas kalau tak silap. Pakai tu je, still nampak baru. ( pujuk hati ) . But series, memang baru lagi, buat apa nak beli lagi. Nati lepas raya peika kena tempah 2 baju kurung untuk majlis kahwin. Kawin sepupu & bff. Perghh, duit melayang seperti burung - burung di awan biru. Hahaha. 

Tahun ni lagi prefer shopping time berjalan masa raya, itu pun kalau ada hati nak beli laa. Yela, shafika shafiq ni baru nak start hidup ( habis selamani patung ) hahaha. I means, bila kewangan belum stabil, kita tak dapat nak shopping sakan. 

Throwback masa belum pegang duit sendiri. Setiap kali tiba raya, ayah akan hulurkan seorang RM 500 untuk shopping. Nasib baik adik badik ada 3orng je, Kalau 5 ketas, tak ke botak ayah kita. hahaha. Dapat je duit RM 500.00, fikir la nak beli Handbag Carlo Rino, Kasut Nike, Sandle Summit, Seluar Jeans ada saiz luar negara sbb peika terlalu tinggi and xada size. Semua tu fav brand & ngam dengan peika.Masyukkk rr dulu, dapat duit shopping sana sini, sekarang ??

Shopping pakai duit SDN BHD. Baru kau tahu apa itu duit. Betapa pentingnya duit bagi kauuu !!!. Ini kisah perjalanan setiap manusia yang baru nak mulakan hidup dengan gaji yang biasa - biasa. Kisah anak kepada orang kaya - kaya, lain cerita, memang dah rezeki mereka. So kita tak payah nak mengata mereka like " tau laa kau anak orng kaya, boleh beli itu ini " & etc. Nampak sangat la kau tak ada duit. Buat rileks - rileks sudah. hahaha


Bersyukur dengan segala rezeki yang ada. Nak tahu tak apa kunci utama untuk dimurahkan rezeki ?

" jaga emak kita tanpa sebarang kekurangan & pasang niat bahawa kita cari rezeki untuk berkongsi dengan family "


So, raya ni jaga diri elok - elok. Lepas raya, kita updat lagi ye. Sorry la cerita x berapa menarik. Sebab tak tahu nak cakap apa . hehe.




SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN !


Lots OF Love ,
Shafika Shafiq.



Wednesday, 21 December 2016

Kepuasan Diri Bab ll

Assalamualaikum.





Today nak cerita pasal apa ek, erm kita membebel je la apa yang patut. Nak tanya, uolss semua kumpul duit start bila? Means, dah start kerja terus kumpul duit ke, atau sebulan and dua bulan enjoy baru fikir nak kumpul duit ? Saja je nak tanya, bukan nak busy body. Sebab peika pun nak share kisah peika mcm mana pulak kan.

Masa dulu time belajar, kita selalu cakap. Bila nak habis zaman study ni. Tak sabar nak kerja. Kata - kata tu keluar time kita stress dengan assign, report, final and etc. Tapi ada jugak yang memang nak habis cepat, sebab dah buntu sangat dengan kerja - kerja time study. Lagi - lagi time final, masa tu la kepala otak semua kena cuci, bagi fresh, study siang malam subuh, sampai x cukup tidur. Peika cerita pun sebab peika pernah study kan. Dulu pun peika cakap, " bila nak habis, dah tak dah face payper2 ni semua. ", setiap orang macam tu kan. So itu before kerja la.

Zaman nak masuk alam pekerjaa. Berazam, first gaji nak bayar segala comitment, first PTPTN laa, itu comitment paling penting broo. haha. Then comitment personal. First gaji dapat on hand je, apa kita nak buat ek. kita beli something la. Ni kan gaji pertama, kena nampak sikit. Itu reality nya laa, sebab peika pun alami benda yang sama. hahahahahah. Okey x kelakar. 

Ikotkan pengalaman peika, setahun peika kerja, peika x fikir pun " aku akan kumpul duit untuk future ", tak menafikan memang ada jugak berazam macam tu. Setiap kali before nak keluar gaji, selalu cakap dengan mak " mak, bulan ni dapat gaji saya nak simpan la, nak kumpul duit ". Tapi itu semua munafikk semata - mata. Sebab gua x kumpul pon. hahaha. First dah ada comitment, second pergi jalan2, syhaitonn selalu menghasut untuk shopping. Lagi2 gaji starting memang cukup - cukup makan. Melainkan first gaji kau dah dapat gaji RM 2k++. Itu lain cerita laa, ini cerita insan - insan yang baru nak hidup dengan gaji RM1500. 

Ikotkan pengalamn peika, first gaji memang belanja family makan, beli untuk diri sndiri. Then bila kau datang dari family yang tak pegang motor, kau kena la beli kereta sebiji untuk keperluan harian. Kan ? Macam peika, peika memang x ad kereta. Selama beberapa bulan, peika pergi kerja & balik kerja  , mak yang selalu hantar & ambik. Sampai satu tahap, dah rasa kecian tengok mak. Jadi buat la Loan kereta. Alhamdulillah, dapat beli kereta sebiji. Ada jugak member cakap, " kenapa beli kereta dulu, sepatutnya beli rumah dulu and bla bla bla ". Peika jawab dalam hati, " kau cuba duduk dalam hidup aku, baru kau tahu aku kena beli kereta / tak ". Biasa la, manusia mudah judge orang. Kita redha.

Then lepas dah ada comitment bagai, peika still belum fikir nak kumpul duit dengan series. Peika start kerja tetap bulan 4/2015. Lepas beberapa bulan kerja, peika selalu pergi jalan. Turun johor la, turun kl la. Pergi Krabi la. Sedangkan kawan2 lain semua tengah duk kumpul duit. Tipu laa kalau saya tak risau sebab tak kumpul duit. Rasa nak nagis pun ada. Tapi dah mcm tu pun, perangai x berubah jugak. Sampai member cakap, " kau ni kumpul duit ke tak??, asyik berjalan jeee ekk ". Teguran nasihat dari kawan baik. hahaha. Peika jawab " alaa, nati la kumpul duit, sebab belum terasa nak kumpul duit laa ". Kawan buat muka pelik. hahaha

Jadi kat sini, selama 1tahun lebih peika dah ikot amalan syhaitoonn, membazir duit, shoping sana sini, berjalan sana sini, now hati dah terbuka luas & terasa nak taubat untuk kumpul duit. Dengan boss dah naikkan gaji, alhamdulillah, baru rasa mcm bertanggungjwb sikit. hahahaha.

Untuk peika, tak salah pun nak laburkan duit dengan beli apa yang kita suka. Kita kerja, kita dapat duit. Mak cakap, nak beli apa, beli. Sebab pakai duit sendiri.Gaji dari titik peluh sendiri, beli & buat sesuatu untuk kepuasan diri. Janji jangan lupa bagi mak ayah and adik beradik rasa gaji titik peluh kita. Walaupun x dapat bgi duit, belikan barang / hadiah pun dah rasa kepuasan tau. 

Tak semestinya, kita kerja, terus kena kumpul duit sampai kita nak beli apa2pun tak dapat. Bukan macam tu maksud peika. And bukan juga maksud peika, dapat gaji boros habis. Sampai tak ada duit kat tangan. Belanja, belanja. Simpan, simpan. Macam peika, peika dah setahun keluarkan duit untuk buat apa yang peika nak, beli baju, beli kasut, pergi jalan sana sini, belanja kawan, and etc.

Now, nak masuk 2017, baru sedar diri bahawa " aku dah kena kumpul duit dengan betul betul series  ", hahahaha.. Tolong la percaya, tolong laa. hahaha.Yang kawan2 saya baca, tolong la percaya. haha.

Hari tu baru buat list comitment, yang penting.....


1) Kereta
2) Parents
3) Ptptn
4) Insuran
5) Simpanan adik
6) Wedding Planner ( early preparation )

See, mana taknya risau banyak sangat komitment... Haa belum lagi beli rumah. Omaigodd. hahahaha. Rileks2, jangan la bergelabah. Allah sentiasa ada dengan kita. Allah akan aturkan yang terbaik buat kita. Yang penting yakin and percaya.

Dah kerja ni, banyak sangat dugaan, banyak sangat comitment. Nak fikir pasal bayar ptptn. Itu je dah memeningkan kepala.. Ohhhh, masa first ptptn dapat, beli enpon Sony tak pening pulak ekkkk #sedardiri hahahahaha. 

Makin lama, hidup makin mencabar. Status Single ni je dah macam status married tauu, Ni kan pulak status Married. Haa. Fikir2 lak. 

Kadang peika bagitahu mak, " mak, nati saya dah kahwin, saya tak nak la ajar anak2 saya tengok astro, tido dengan airkond, simple2 je ". Mak jawab " nati anak2 kau jadi jakun baru tahu "......
i be like.... " mata terbeliak, mulut tengaga " huhuhu.

Jadi sekarang yang masih single and acvaible ni,,,, eyh2, tertambah lak. huhu. i means, masih bujang ni, rasanya kena pandai bercermat, pandai belanja, tahu mana bazir and mana tak membazir. Jangan ikot peika, nati kelaut jawabnya. hahaha

Sekarang ni, peika kira2, tinggal berapa hari je lagi nak masuk Tahun 2017, masuk je tahun 2017, peika dah tak boleh nak belanja sesuaka hati. Nafsu kena kawan 100% beb. Pergi mall, kena pakai sunglass. Mana tahu boleh kurangkan nafsu shopping. Baru tahu la, yang pergi mall pakai sunglass ni semua sebabnya ialah nak elak daripada shopping. Lagi2 lelaki, sebab tu dia x shoping ekk. hahahaha. okey tak kelakar punn. hmmm

Semoga kita jadi seorang yang pandai menggunakan duit,tak boros, tak ikot nafsu sangat. Yang penting, dapat gaji jangan lupa bagi parents rasa, baru gaji kita diberkati. Amin.

*Nasihat untuk diri sendiri, tak ada kena mengena dengan orang lain.

The End




Monday, 19 December 2016

Niat Baik, Tetapi Salah Diertikan

Assalamualaiku,

Kadang hidup penuh dengan, kadang hidup penuh dengan kegembiraan. Manusia mana nak hidup dia diduga dengan perkara - perkara pahit. Tetapi Allah Maha Adil. Allah akan bagi umatnya untuk rasa macam mana itu rasanya Pahit dan Rasany bagaiman kemanisan dalam hidup.

First, setiap manusia apabila nak buat sesuatu ada niat tersendiri. Kadang niat dia baik, tetapi untuk pihak lain nampak buruk. Jadi kat sana jadi satu persoalan. Macam man aku nak buat ni ? Apa benda yang aku nak cakap ? Macam mana aku nak buat keputusan ? Walaupun aku tahu apa yang aku buat ni akan menyakitkan hati pihak lain. Masa itu kita hamba yang lemah, kena menghadap Allah untuk mintak pendapat. Merayu and menangis pada Allah, cerita pada Allah apa niat kita sebenarnya. Aapa yang kita nak buat ni untuk kebaikkan siapa ? Jika siang malam dah berdoa, merayu, menangis depan Allah. Jika benda itu berlaku, maka memang dah tertulis maka jadi lah. Walaupun selepas terjadi perkara tersebut, ada pihak sebelah sakit hati. Janji Allah tahu nawaitu kita apa. 

Cerita pada Allah dulu, baru bertindak. Kadang aku juga selalu diuji. Percintaan, Keluarga, Sahabat. Kadang semua muncul dalam satu masa. Masa tu la, Allah betul - betul menguji diri kita. Samada kita kuat ataupun mengeluh. 

Aku sedar, aku bukan manusia yang sempurna. Aku tak pernah berharap untuk jadi sempurna pada mata orang. Tapi cukup la sempurna untuk diri sendiri walaupun tahu diri x sempurna. 

Aku sedar juga bahawa aku sentiasa buat salah, buat suatu perkara penuh dengan kesalahan, sehingga orang marah kita

Aku sedar juga, yang aku selalu menyakiti orang lain, aku terlalu menyakitkan hati orang lain sehingga semua orang berjauhan dengan aku. 

Tetapi, mereka x tahu niat sebenar aku. Mereka tak tahu kenapa aku buat macam itu. Sedangkan Allah sahaja yang tahu apa yang kita buat berserta dengan nawaitu.

Aku tidak berniat nak menyakitkan hati sesiapa pun, sedangkan aku sendiri tidak suka disakiti. 

Aku tahu, satu hari ada masanya Allah akan menguji aku dengan kehilangan orang yang aku sayang, orang yang aku cinta dan sahabat2 aku sendiri.

Aku yakin, masa itu aku terasa diri aku terlalu lemah, orang akan abaikan aku, orang dah tak nak dengar apa yang aku nak cakap dan paling sedih apabila semua orang dah tak nak percayakan kau lagi.

Now, itu yang berlaku dalam hidup aku.

Aku tahu, Allah sengaja menguji aku dengan kehilangan. Aku tahu ini semua sementara. Dan aku yakin Allah akan pulangkan orang - orang yang aku sayangkn satu hari nati. Walaupun kemanisan itu tak semanis kali pertama. 

Semoga, Allah berika kita semua kekuatan untuk menempuhi segala suka dan duka. Amin.


The End

Sunday, 18 December 2016

KEPUASAN DIRI

Assalamualaikum.

Wah, dah lama saya tak update blog ni. Sejak menjak ni, busy sangat la. Nak buka laptop pon dah tak ada masa sebenarnya. Act, laptop rosak. hahahaha. Ok, tak kelakar kan.
Macam - macam nak membebel ni sebenarnya, ni peika update pon dekat ofis, jangan bagitahu boss saya tau. hehehe. Masa lunch ni, peika update la, bukan time kerja okey.

Btw, korang apa khabar, sihat tak? Sekarang tengah buat apa, kerja ke atau masih study. Yang dah kerja tu taniah, bagi yang masih belajar tu taniah jugak sebab sentiasa sabar dengan dugaan ketika belajar and sedang merempuh dugaan untuk tamatkan pengajian tu. Macam pelik je ayat aku. haha.

Shafika pulak? oket alhamdulillah sihat, khabar saya alhamdulillah baik. Kadang - kadang ada dugaan, tapi itu semua mengindahkan kehidupankan kita sebenarnya. Masa stress la kita rasa " aduh, pehal laa benda2 ni semua jadi kat aku ", stress gila vavi sampai tarik rambut. Ada tak stress sampai mcm tu sekali ? If ada, bawak mengucap, tarik nafas dalam2 and hembus kat lubang jamban, then flash.

Nak ceritakan mengenai peika sejak menjak kebelakangan ni, tak ada pun yg menarik sebenarnya. But cuma rasa ingin share apa yg peika fikir, peika rasa, peika alami, and semuala. But, personal tu xad la. Ni just umum jee.

Peika jujur, sejak peika rasa kecewa dalam satu kenangan yang pahit tu, peika rasa bersyukur atas apa yg terjadi. Peika baru tahu, apa yg berlaku hari tu, hari ini sangat mengembirakan and menenangkan diri. Kenangan lama tu, buat diri peika lebih kuat, berani, tegas, and cuba nak buat sesuatu yg tak fikir nak buat before ni. Benda positif tau. huhu.

First, alhamdulillah peika berani untuk menonjolkan diri untuk pergi casting modelling. Act, serius memang tak yakin dengan diri sendiri. Then, tanya pendapat emak, ayah, abang, kawan. Semua support 100%. Masa pergi pon memang main terjah jee, dapat / tak dapat belakang cerita janji kita dapat pengalaman casting tu macam mana. Alhamdulillah lagi sakali sebab peika terpilih untuk jadi member of one modelling organization @ Melaka. Walaupun diri ini sedar tak sehebat Amber Chia, peika bersyukur sangat sebab Manager tu beri peika peluang untuk jadi anak2 buah dia. hehehe

Second, Alhamdulillah lagi sebab peika jadi owner of Lola The De' Party. Apakah benda alah Lola tu ekk ?? Lola The De' Party tu ialah syarikat event planner yg comel loteh yg tak ada pekerja . Semuanya Sendirian Berhad. haha. Means, peikaa buat event planner ni secara solo. Macam mana terdetik nak buat bisness ni semua ? Peika memang suka sangat buat bouquet2 coklat & ross. Kadang berangan ada tak orang akan bagi aku surprise mcm ni semua. Tapi diri ini sedar jugak yg saya tak layak menerimanya, tetapi layak untuk memberi kepada orang. Dalam masa yang sama, peika jujur kerja satu tempat je memang tak cukup, macam peika ni gaji sikit je and lepas la untuk bayar segala comitment yg ada. Bersyukur, bukan tak bersyukur okey. Tapi kadang rasa bila pertengahan bulan, duit macam makin berkurangan. Nak mintak mak ayah, dah rasa mcm malu nak mintak. Sebab kita dah berkerja, takkan masih lagi nak mintak mak ayah. Series, masa awal2 before mula bisness ni, ada je selalu mintak ayah. kadang kalau tak mintak sebab dah malu sangat, ayah sendiri akan tanya setiap kali pergi kerja " baik2 pergi kerja, ada duit tak ? ". Tak pernah miss ayat dia tu until now. Kadang cakap ada, tapi sebenarnya tak ada. Yela, sis malu laa nak mintak je kan.Walaupun ayah kita sendiri. 
Then kadang peika keluar sorang2, spent time untuk diri, termenung sambil fikir. " aku kena buat something supaya aku boleh bagi duit untuk parents walaupun pertengahan bulan / tiba2 mak ayah cakap nak guna duit ", So terfikir, jom la buat bisness yang aku minat. Jadi tubuhla LTDP. Apa yang peika buat, semuanya nak puaskan diri, bila orang dapat bouquet tu, dieorang rasa happy. So itu yg best. Rasa kepuasan dia macam nak terjun bangunan. hahahaha. wuekk. First delivery peika, peika jujur yg peika memang rugi and xad untung sehingga peika sendiri keluarkan duit. Dari situ peika baiki apa yg tak betul, apa yang kurang, apa yang tak kena. Supaya benda tu jadi sempurna & puas dimata orang. Bila nak buat perniagaan ni, ada beberapa perkara yang peika selalu remind :

1) Apa niat kau mulakan bisness ni ?
2) Jangan ada riba dalam perniagaan.
3) Dalam bab makanan, jangan sesekali amik untung, sebab makanan masuk dalam perut orang. 
4) Buat sesuatu dengan niat nak tolong orang.
5) Sentiasa memberi walaupun kau sendiri tak cukup duit, bagi sikit pon xapa la. Janji memberi.

Itu yang peika selalu remind untuk diri peika. Peika bagitahu ni semua bukan untuk menunjuk2, riak, belajak. Niat cuma nak share dengan orang je. Boleh kan3?? Jangan la marah kalau tak suka baca blog saya, nati saya sedih. ;(. Alhamdulillah, apa yang peika buat sekarang semua, hanya untuk suka2 je. Bila orang tanya, peika jawab benda yg sama " buat untuk suka2 ".







 Third, ialah peika tengah memikirkan sesuatu untuk membuat sesuatu supaya yg sesuatu itu menjadi kenyataan suatu hari nati. hahahahah. Amin.

Jadi apa yg peika cakap ni, just niat nak share jee. Jangan la marah if awak tak suka okey. Yang penting solat 5 waktu jangan pernah lupa. Solat sunat Dhuha jangan lupa & solat Taubat jangan lupa jugak. Terima kasih pada yang penah hadir dalam hidup dan pergi untuk meninggalkan diri ini. Terima kasih jugak keran awak saya kuat hari ni. Muach tak ikhlas sikit. hahaha, kang ikhlas lain pulak jadinya, huhuhu. Jangan pernah salahkan atau benci pada orang yg penah hadir dalam hidup kita jika dia memilih untuk pergi. Kdang diri sendiri ada buat salah, kan3.  Maka redha la apa yang berlaku dalam hidup kita walaupun dia pahit macam kopi. ermm

Assalamulaikum.















Friday, 5 August 2016

Bila Redha & Pilihan Keluarga

Dear,
Walaupun aku tahu kau bukan milik aku & kau bukan milik aku, 
Allah temukan kita kerana ada nya sebuah Hikmah yang tersembunyi,
Kita tidak tahu apa hikmahnya dan kita tidak kisah tentang sebaliknya.

Kau datang semasa aku lemah, tak tentu arah, patah hati, kecewa.
Kau datang secara tiba - tiba dan menutup segala kesedihan aku sepantas kilat.
Seperti ribut !

Bawak aku makan,
Bawak aku jalan - jalan tengok lampu kat tepi jalan,
Terpacak depan mata ketika aku sedih walaupun kita jauh seperti JOHOR - PERLIS,
Walaupun aku tahu semua tu sangat menyusahkan diri kau,
Kau tetap relakan diri untuk bersamping dengan aku.

Dah banyak kali kau buat aku gembira,
Kau wujudkan seribu kenangan yang patut di cipta dalam bertahun - tahun, kau telah cipta dalam beberapa bulan,
Dengan alasan, " saya nak bahagiakan awak, sebab awak tak pernah dapat kebahagian sebelum ini ",
Aku hanya mampu tersenyum.......

Kau jadi pendengar baik,
Kau jadi penghibur ketika aku sepi,
Kau jadi pelawak bila aku busan,
Kau akan ada bila aku perlukan kau,
Kerana kau tahu bila masanya aku perlukan kau,

Ada dua hari yang sangat bermakna bagi aku,

Pertama,

Kau mengindahkan makan malam aku dengan membanjiri kelopak bunga ros di atas lantai, suasana dipenuhi dengan ballon yang bertebangan, lilin di setiap pejalanan aku ke meja yang memenuhi dengan bunga ros , lilin dan chicken cop untuk kita. Lagi terkejut di pengakhiran dinner, awak berikan saya bouquet of ros yang sangat cantik. Terima Kasih.......

Kedua,

Kau cakap, nak jumpa aku dengan segera, kerana ada masalah besar. Malam ini jugak nak jumpa,
aku pun rushing ke arah kau, dan kau cakap " mak i suruh i kawin dengan orang lain, so awak kena jumpa perempuan tu cakap dengan dia yang kita berkawan, tu dia kat belakang ....... "
Ya Allah,....... Teddy bear sebesar manusia yang sedang duduk kat seat kereta   belakang sambil pakai seat belt !!! Seriosly im speechless..... 

You, kenapa buat mcm ni semua....
" sebab i tahu u nak rasa ni semua.... "


One day kita meet sebab awak nak cakap something.....

" awak, saya nak cakap dengan awak sesuatu...."

" apa dia tu, hmm kenapa ni asyik tunduk sambil pengang tangan je ni, whats wrong ? "

" my mom suruh saya kawin dengan pilihan mak , saya dah bincang & bagi seribu alasan, tetapi, saya terpaksa terima.... "

" its okey la awak, saya faham, awak kena respect ur family choice, kita baru kenal, family dah dengan kita dari kita kecik lagi, mereka lebih tahu yang terbaik untuk anak - anak dia. Mungkin perpisahan kita ada hikmah yang lebih baik "

" Tapii..... "

" Its okey, dalam beberapa bulan saya dengan awak, saya rasa macam bertahun - tahun dengan awak, walaupun awak lepas ni jadi milik orang lain, kenangan kita tetap dalam diary hidup kita "

The End....



Allah suruh kita belajar redha dalam setiap perkara yang kita lalui & hadapi. Kerana bila kita redha Allah akan berikan kita kebahagian yang tak terkata. Samaada ia sementara / kekal. 

Memang sakit bila kehilangan seseorang yang amat kita sayangi, sebab itu orang cakap bila nak sayang, jangan terlalu sayang, aku baru tahu apa maksud ayat tersebut. 

Kekecewaan dalam hubungan memang ada, Samada dari pihak kita / dia. Jadi kita kena ready untuk berpisah, maksud saya ialah macam saya cakap or orang tua - tua cakap " Jangan Terlalu Sayang ". 

Memang kecewa itu sakit, rasa macam lost everthing, rasa nak jauh dari semua orang, rasa dah tak pakai handphone, sebab itu belajar Redha. Bila kita Redha, Allah teruskan mengantikan kita dengan kebahagian yang tak pernah kita dapat sebelum ni.

Aku dah banyak kali rasa kecewa ( tidak salahkan pihak sana ) & fail dalam percintaan paling terasa sangat bila kekecewaan yang terakhir. Aku tahu, Allah suruh aku belajar jangan terlalu sayang, mungkin sebab Allah tak suka aku ni terlalu sayang lepas tu kalau dah putus menangis & meroyan mcm orang gila kan ( alamak kantoi ) hahaha. See, Allah dah bagi kita pengajaran & suruh be cool & releks bila bercinta.

Kau kena tahu, seseorang yang muncul dalam hidup kau mungkin untuk sementara & kalau jodoh kekal la sampai ke syurga. Jadi bila berkawan, lebih elok kawan sampai kawin. Itu la wawasan 2020 shafika. haha. 

Bila berkawan sampai kawin tu lagi cool kot. Bila kita kawan dengan seseorang tu, kalau betul dia sayang kita , kita sayang dia, perasaan sayang, setia, take care, rindu & etc akan muncul sendiri. Kalau tak mesej sehari pun tak apa, mesej 24 jam tanpa behenti tu dilakukan pada  zaman jahiliah & kolot. Sekarang dah tak ada lagi kan ? Hopely.

Jadi macam tu la, macam shafika cakap, bercinta ni sebenarnya simple. Kalau kau jaga hati, jaga diri, setia, sedar diri tu dah ada orang sayang then tak mengatal, berdoa, dah cukup. 

Sekarang zaman nak hubungan yang steady, xad lagi relationship goals la, video janji goals la dan spesis dengannya. No more der. 

Finally, ni pendapat shafika je. Apa yang shafika rasa. Biasa la, kata - kata orang dah kecewa & giveup ni lain macam sikit. Kalau nak rasa mcm mana shafika rasa, mintak gf / bf awak buat awak kecewa. hahahaha. eyh x ada la. shafika gurau je.

Yang ada hubungan, jaga la baik - baik. Sebab pengorbanan seseorang pada kita, sangat berharga.

The last one, shafika just share apa yang shafika rasa, bukan nak kutuk atau mengata sesiapa. Ini semua cerita dongeng jeeeeee. okey Bye




Thursday, 30 June 2016

CARA KELUAR RUMAH

Assalamualaikum, 

Hallo Hallo Hallo, Disini Datin Shafika, kat sana siapa tu?? *eh eh, acah - acah artis pulak, overnya ! huhu

Bayderwei, Cik Peika nak membebel pasal ermm, ermm, haaaaaaa, okey, Cik Peika nak cerita " Cara Macam Mana Keluar Rumah ", i means bukan topik yang formal okey. Topik ni mengenai macam mana kita mintak izin nak keluar rumah untuk berjalan dengan kawan. Faham ark? * please, buat - buat faham ye if x faham. haha.

Youalls perasan tak, zaman sekarang, bila hari Sabtu je dekat shopping complex penuh / membanjiri dengan budak muda bawah umur. Ianya dikenali sebagai " BBNU ". Apa itu " BBNU " ??? . 
Okey jangan bagitahu sesiapa ye, nati anak muda kita baca artical ni, nati mereka bertindak keras terhadap Datin Shafika. BBNU tu, Budak Baru Nak Up... Up and dow shibilibi Up and Down lalalalala......

Seriosly, pergi je shopping complex hari Sabtu, korang akan nampak budak - budak je ramai. So apa yang pelik nya? Peliknya, yang keluar ni semua umur dalam lingkungan 8 tahun - 12 tahun. Kecik - kecik loteh je bila lalu sebelah Cik Peika. Kadang bila keluar hari sabtu, terasa macam rendah diri sangat. Because, semua kecik - kecik loteh, tiba - tiba si tinggi lampai mcm " Walak " jalan - jalan dekat shopping complex tu. hahaha. 

So cerita sekarang yang ingin Cik Peika sampaikan, macam mana mereka dapat izin dari parents nak keluar berjalan sedangkan mereka masih kecik and perlu ada bimbingan parents bila keluar. Kadang tengok mereka naik turun bas semata - mata nak pergi shopping complex, macam kecian pon ada & marah pun ada. Yela, sebab mereka still kecik lagi, terlalu bahaya bila keluar macam tu. Tapi itu la, macam mana parents mereka bagi mereka kebenaran / green light untuk mereka keluar. Yela, lain banyak family , banyak cara. Mereka percaya pada anak & sporting. 

Ikotkan pengalaman Cik Peika ni lak, nak tahu tak macam mana Cik Peika bila nak mintak izin dekat Big Boss bila nak keluar. Serius, sebelum nak buka mulut tu, jantung semua rasa nak tergugur & terkeluar. Apak pulak jenis garang & tegas. First step :

1) Mood
- Peika akan pastikan mood ayah baik, cool & happy. Kalau tengah moody, takkan nak cakap rite, sebelum cakap, dah cakap "NO ! ", hahaha.

2) Situasi
- Aik,situasi pun kena ambik kira jugak ke. haha. Of coz, Sebelum peika nak cakap dekat apak, peika akan tanya pendapat emak dulu. Mak just akan cakap, " jangan tanya masa mak ada ", hahaha. Sebab kalau tengah mood ayah moody, if mak ada, mak kena sekali, soo mak dah surrender awal - awal. kahkah. Jadi peika pun cari masa yang sesuai, macam abang and mak tak ada, baru peika akan berbual dengan ayah.

3)Alasan.
- Peika ingat lagi, first time peika keluar dengan kawan perempuan tingkatan 3/4 macam tu la. Itupun cakap nak beli barang sekolah dengan kawan. Tapi memang serius alasan tu. Tak tipu pun. Lain la kalau dating, hahaha. ( adik - adik jangan ikot, amaran keras haha ). 

So, kalau atas itu semua pass, baru la dapat green light from ayah. Lepas dapat green light, ada lagi step seterusnya. Dengar ceramah & kena interview  dulu. iaitu :

1) Pergi mana ?
2) Dengan siapa ?
3) Buat apa ?
4) Pukul berapa nak pergi ?
5) Balik jangan nak lambat - lambat 
6) Jangan pergi jauh - jauh
7) Nati apak hantar depan pintu, balik pun ambik depan pintu.

and etc......

So bila peika dapat keluar, peika ada limit. If keluar pukul 12 teghari / 1pm, kena balik before 4.30 pm. Paling lambat 5pm. Itu pun kalau dah lambat sangat, first mak peika yang akan call. Second mak jugak akan call. Kalau ayah dah call, peika just anwser " okey pa, nak balik dah ". hahaha. Punya la takut pada ayah .

Masa kecik dulu, memang susah sangat nak keluar, kadang kita rasa macam terkongkong sangat. Tapi itu lah tanggungjawab sebagai parents. Tanggungjawab besar besar sangat. Masa darah masih muda, darah remaja, memang nak memberontak je. Nak cuba sesuatu yang baru. Tengok kawan buat ini, nak jugak. Biasa la, bila dah bergaul kan. 

Itu semua satu pengalaman yang manis sebenarnya, selagi kita tak buat yang negatif la. Bila kita makin hari makin matang, lagi - lagi masa zaman universti & kolej, itu lagi mencabar. Macam - macam nak buat. Lagi - lagi overnight . Cik Peika sendiri penah overnight ( tolong jangan bagitahu sesiapa ). Kita rasa seronok bila lepak dengan kawan - kawan, bercerita, buat bising, pergi makan, karoake. Sebab kita fikir, benda itu takkan kekal. Sekali dalam hidup kita. Nati lepas kerja, masing - masing bila jumpa say Hye & Bye. betul tak? Tak ada punya lepak - lepak macam orang gila macam zaman belajar dulu.

Sebagai parents, memang tak bagi. Sebab mereka ialah " PERENTS " !, tak faham jugak? okey, nak lebih faham , one day dah jadi seorang mummy or daddy, baru tahu,. Masa tu, uoallss & i sendiri akan cakap " oh, patut laa mak n ayah tak bagi aku buat ini itu ". Simple. 

Alhamdulillah, Cik Peika makin besar and tinggi, ayah n mak , bagi sedikit peluang untuk keluar sampai malam. Itu pun, ada jugak soalan yang mereka tanya macam dekat atas tadi.  Cuma kali ni lain sikit, balik before 10.00pm. Paling lambat 10.30pm. Kali ni, mak yaang akan call dulu, then abang. Kalau dah ayah call tu, hmm faham - faham la. Balik dah kena marah. Ayah tak marah anak, tapi marah pada ibunya. So, anak dah dapat dosa dah. Nampak tak ? 

So pada adik - adik yang kat luar sana. Eyhh, no - no. Adik peika sendiri, bila scha baca bebelan akak ni, please take a note okey. Nati akak dah malas nak bebel - bebel, sebab anak muda tak suka kena membebel. Bila nak keluar, please take care of ur self. Tolong jaga diri. Nak keluar, mintak izin pada apak & mak dulu, & bab duit, tanya dekat abang dulu baru tanya akak. hahaha. Jaga maruah, aurat, solat & segalanya. Perempuan ni susah sikit nak jaga, lagi - lagi scha ni. Degil, keras kepala. hahaha. eyhh, padahal diri sendiri pun sama jugak. kahkah. 

Tapi bila ayah or mak tak bagi kita keluar ke, jangan memberontak, sebab mereka ada sebab tersendiri kenapa tak bagi kita keluar, gaul bebas & macam macam. Mereka tak nak kita jadi macam mereka. Nak tengok anak - anak jadi orang yang baik. Scha kita ingat satu ayat ni. Pathi ( nenek ) cakap dekat ayah & ayah cakap dekat abang & kakak. 

" TAK PANDAI PUN TAK APA, JANJI JADI SEORANG YANG BAIK "

until now, akak ingat ayat ni. Mybe kita tetap akan jadi nakal & buat perkara - perkara negatif, tapi cuba elakkan & cuba belajar berubah lebih baik setiap masa. In Shaa Allah. 

Tak apa, nati akan pasang spy dari jauh, perhatikan scha. Buat salah sikit, akak sampai depan mata. muahahaha !. okey tak kelakar. overnyaa akak ni.!

For the last one, Cik Peika cakap semua ikot pengalaman je. Tak ada maksudkan diri sesiapa.. & nasihat pun untuk adik sendiri, kalau boleh terima, ambik la sebagai nasihat kawan - kawan . okey?

dah la, nak buat kerja la. nati boss masuk. okey bye. 

Assalamualaikum.

Monday, 30 May 2016

CERITA SI GADIS UMUR 21 TAHUN

Assalamualaikum,

Hye korang semua. Buat apa tu ? Sihat tak ? Hari ni terasa nak membebel la. Korang sudi tak dengar kisah Cik Peika ni? Kenapa tak share je dengan  family & friends ? Mereka dah penat dengan bebelan Cik Peika sampai telinga dieowang dah bernanah, jadi korang pulak lak dengan kisah aku ni. Okey? 

Cerita Si Gadis Yang berumur 21 Tahun? Siapa gadis tu?? Siapa lagi kalau bukan Director of " http://sayasudahbesarmakintinggi.blogspot.my " Cik Nor Shafika Binti Mohamad Shafiq. eyh eyh, overnya. " Director " konon. hmm.

Acct kan, kalau fikir - fikir kan balik, sebenarnya kan, peika tak tahu nak cakap apa sebeenarnya. haha. Tapi ada rasa nak share. Aik macam mana tu ?? hmm, entah la aku pun tak tahu laa.

Korang penah tak rasa, dah umur 20an ni, terlalu banyak berfikir, sampai rasa nak tergolek - golek ? Yang paling kita fikirkan ialah, "KERJA". Kalau tak kerja, macam mana nak dapat gaji. Kalau tak ada gaji, macam mana nak balas jasa parents. Yang paling takut, kalau kita tak dapat nak balas jasa parents kita. Takut kan? Rasa macam anak derhaka, masuk api neraka. Omaigodd, seramnyaa. 

okey firstly, korang nak tahu tak? peika try masuk casting model. Korang rasa peika dapat ke tak? cuba la teka, cuba la teka !! Acct peika dapat jadi model untuk HASHTAG MODEL, rasa macam excited masa mula - mula tu. Acah - acah winner of Miss World 2020. Eyh2, terlajak tahun lak. hihihi. Ni la dikatakan oberrr.  Masa tu, peika nama panggilan casting model ni dekat facebook, buat lak dekat melaka. Siapa tak nak try kan. Peika tengok peika ada ketinggian, so why not just try it. Seumur hidup tak pernah pun mencuba dalam bidang modelling ni. 

First step yang peika bertindak untuk masuk casting ialah, beli kasut tumit tinggi. Berapa inci? 5 inci nakk. Tak pernah pakai kot kasut kasuk tinggi ni. Orang yang paling support peika tuk pergi casting ialah, emak peika. Second my friend, third abang ( dia just cakap, pergi la. tu pun peika tanya banyak kali. ). Emak selalu tanya, " Dik, bila nak beli kasut tinggi ", selagi peika tak beli, itu je la ayat dia luahkan kalau balik dari kerja. Then masa lunch, terdetik nak pergi satu shopping mall, saja ajak member tengok - tengok kasut kan. Mana la tahu ada kan. Tengah window shoping, ternampak pulak kasut tinggi kat hujung cermin ( tempat clearance stock, *please jangan bagitahu sesiapa ), hahaha, Then tengok, aik macam okey je, try punya try, memang untuk peika la kasut tu. haha. Berkenan terus ambik. Nasib baik murah , RM60.00 je. Jenama Sembonia lak tu. hahaha. Lagi pun peika fikir, buat apa nak mahal - mahal kan, kalau tak dapat masuk modelling membazir je beli kasut tu. Peika cakap dekat member " kalau aku tak dapat masuk modelling tu, aku mintak balik duit kasut & baju aku tu * bualan gurau gurau ", member aku cakap " bontot ". hahahaha.

Lepas dah beli tu, setiap hari try cuba jalan pakai kasut tinggi. Bukan dekat luar rumah, tapi ruang tamu depan hall. Macam orang gila ulang alik ulang alik. Diperhatikan oleh emak & abang. haha. 
Kadang malas nak practice, sebab penat kot. Orang tak biasa pakai kasut tinggi kan, bila pakai terus setinggi 5 inci, hmm korang rasa ? Tapi alhamdulillah, boleh stabilkan diri lagi.

Bila tiba hari casting tu, aku macam " kambing malu masuk bandar ", orang lain semua cantik - cantik, then aku tengok dieowang bawak beg paper brand, like Padini, and mcm2 lak. Peika lak bawak beg kasut pergi sukan tu. Tahu kan? haaa, rasa macam krikk krikk masa tu. Then lepas settle semua acara dekat casting, lastly dia ada buat interview one by one. Peika jawab je dengan confident. Dia suruh jawab dengan confident, soo jawab je la kan. Salah tak salah, belakang cerita, * acct, mereka tanya biodata diri je. hahahaha. erkk, x lawak kan. okey tuka topik. 

Then settle semua, dia cakap akan bagitahu keputusan dalam minggu tu jugak. Dalam minggu menunggu keputusan, peika just fikir dapat alhamdulillah, tak dapat its okey. Sebab Amber Chis cakap, selagi ada peluang, kita kena mencuba. Tak dapat tak mengapa tapi anda akan dapat ilmu. So think +ve. okey baby?

Then, tiba la hari keputusan. Peika masa tu tak ada laa take seriess nerves bagai * ceit padahal nerves dalam diam . hahaha, Peika buka whatsapp, ada orang wish " taniah Peika ", peika terus buka instagram official tu, Alhamdulillah, peika terpilih untu jadi member of HASHTAG MODEL tu.
peika tengok jugak, mana partner girl peika untuk masuk model ni kan. Tunggu punya tunggu, rupanya peika seorang perempuan je yang terpilih. So macam, alamak peika tak ada kawan laa. Biasa lam budak baru nak masuk. Macam - macam perasaan. Then kecoh la dengan family group peika, acah - acah dapat masuk miss world jee aku punya cara. hahaha. *Please  jangan kencam saya. hehe.

Soo, itulah yang peika dapat masa umur 21 tahun ni. Ada pengalaman dalam bidang modelling.

Lagi satu cerita, peika minat sangat buat bisness, macam - macam idea yang mengalir dalam saraf saraf otak peika ni. Nak buat ni la, buat tu la. Ya Allah, setiap hari share ngan mak, sampai mak cakap, " nak mulanya bila ". peika terus terdiam. hahaha. Nampak tak, pendengar baik i ni dengar, dengar jugak, bila dia bersuara, buat i terdiam. huhuhu. 

Bukan tak nak mula, peika rasa komitment untuk tahun ni sampai bulan 8 banyak sangat. Komitment apa ? Acct nak pergi berjalan lepas convo. hahahaha. Alaa, bukan tu je, macam - macam la. Takkan i nak bagitau, malu la i. hihi.

Tapi tak apa, peika suka take easy, tarik nafas panjang - panjang dalam - dalam sampai tak boleh nak nafas, then hembus slow - slow. Then say dalam hati, its okey, semua masalah boleh selesai, dont worry peika. *Tapi, tetap nak risau juga. hmm

Sebab peika risau kalau tak dapat nak balas jasa mak dengan ayah, korang penah kan rasa macam tu? penah ke tak ni ?? ada kaann? * please say yess, supaya peika ada geng.. Yela, sekarang nak cari kerja susah, nak demand kerja gaji tinggi pun tak boleh. Satu je jalan penyelesaiannya, kena kerja tetap + buang side income. Betul tak?

So, apa - apa pun, banyak kan berdoa, ingat Allah SWT selalu, in shaa Allah, Allah akan ingat pada kita. 

Pasal jodoh lak, * tak habis - habis, ingat tak cakap pasal jodoh. huhuhu. Alaa, mesti la kena cakap, itu berkaitan dengan life kita jugak. Acct peika tak fikir sangat pasal jodoh ni, cuma target hidup 24 series in relay 25 kawin. Merancang, Allah tentukan. Semoga peika dapat seorang lelaki yang memahami diri peika, sentiasa support peika and jadi pendengar yang baik macam mak peika. haha.
Semua orang nak macam tu, relay sekarang mana ada lagi kecoh - kecoh pasal cinta, sekarang lebih focus pada kerjaya and mematangkan diri untuk masa depan and untuk masjid yang akan dibina. Eyh, betul ke ayat peika. hehehe.

Thats all, if peika ada cakap salah ke, mintak maaf ye. Dah nak puasa ni kan. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ye. Flying kiss sikit. Memuach, untuk girl je & bakal suami. eyh eyhh. hahaha.

Tak ada kaitan dengan orang lain yang hidup & mati.
Semua berkaitan diri peika..

                                                                    The End